Archive for the ‘Bahagian C’ Category

“…..Gingko ialah herba yang sangat popular dalam bidang perubatan moden dan banyak dikaji oleh ahli sains. Herba ini mula digunakan oleh masyarakat Cina untuk tujuan perubatan sejak lama dahulu. Herba ini terkenal dengan fungsinya untuk meningkatkan pengaliran darah. Secara tradisional, gingko digunakan untuk melegakan asma, masalah sesak nafas dan sebgai antipenuaan. Gingko digunakan secara meluas di Jerman oleh pesakit Alzheimer, iaitu pesakit yang mengalami kemerosotan daya ingatan dan mentalnya tidak berupaya berfungsi secara normal.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, 8 Mac 2007)

(i)             Apakah kegunaan gingko dalam masyrakat tradisional?

(ii)           Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan mengapa kajian secara saintifik perlu dilakukan pada herba.