Kelebihan Biodiesel

Posted: May 24, 2011 in Disiplin Sains, Pengajian Am Kertas 2

SMK SACRED HEART, SIBU

Pengajian Am Kertas 2 (900/2)

Kelebihan bahan api berasaskan sawit

PENGGUNAAN bio bahan api berasaskan sawit digubal dan diperkenalkan pada 2006.

Baru-baru ini, detik permulaan penggunaan bio bahan api berasaskan sawit secara komersial dalam negara dilaksanakan pada Februari lalu. 

Penghantaran pertama bahan api berasaskan sawit dari Klang Valley Distribution Terminal (KVDT) oleh Petronas untuk kegunaan kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencatat sejarah tersendiri dalam penggunaan bio bahan api berasaskan sawit di dalam negara. 

Pelbagai keistimewaan boleh didapati daripada penggunaan bio bahan api berasaskan sawit ini dan satu daripadanya ialah mesra alam. 

Seperti mana diketahui, lapisan ozon di bumi semakin menipis dan boleh menyebabkan pemanasan global yang melampau dan kesan rumah hijau.

Hal ini disebabkan pengeluaran gas karbon dioksida yang kebanyakannya terhasil dari asap kilang, pembakaran secara terbuka dan asap kenderaan. Sekiranya bio bahan api dari sawit diperluas penggunaannya, kadar pengeluaran karbon dioksida dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Menurut fakta, kandungan karbon dioksida akan meningkat dua kali ganda daripada paras sebelum 1900 menjelang 2090 dengan penggunaan bio bahan api berasaskan sawit, ia secara tidak langsung dapat menyelamatkan penduduk Bumi. 

Selain itu, bahan api berasaskan sawit lebih selamat penggunaannya dibanding penggunaan bahan api berasaskan fosil seperti petroleum, diesel, arang batu dan gas asli. Ini kerana, bahan api fosil mempunyai kandungan kimia berbeza dengan bahan api bio berasaskan sawit yang lebih kepada bahan organik.

Di samping itu, pembakaran bahan api fosil membebaskan gas yang berbahaya seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida dan nitrogen oksida. Dengan penggunaan bahan api berasaskan sawit, terbukti penggunaannya mendatangkan kesan yang lebih positif. 

Menurut sumber yang diperoleh, Malaysia adalah pengeksport minyak sawit hampir ke 150 negara pengguna di seluruh dunia. 

Dengan penggunaan bahan api berasaskan sawit, Malaysia tidak perlu lagi mengimport bahan api fosil seperti petroleum secara besar-besaran dari negara luar pada masa akan datang. Ini kerana penggunaan bahan api berasaskan sawit juga boleh diperbaharui di samping lebih selamat digunakan. 

Selain itu, Malaysia turut mengeksport bahan api berasaskan sawit ke negara pengguna lain termasuk ke Eropah. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan sumber pendapatan negara. Di samping itu, ia dapat membantu negara menangani kegawatan ekonomi negara ekoran dari krisis kegawatan ekonomi dunia. 

Dijangkakan sumber petroleum akan kehabisan di antara 20 hingga 30 tahun lagi. Maka dengan penggunaan bio bahan api berasaskan sawit, ia adalah sumber alternatif yang baru dan boleh diperbaharui. Maka kehabisan bahan api alternatif tidak perlu menjadi masalah yang perlu dibimbangi.

Pemenang Kategori B 

Issyhira Ideris 

(No. K/P: 940714-10-6596) 

SMK Telok Panglima Garang, 

Selangor Darul Ehsan 





BAHAN api penting bagi menukar sistem kimia kepada sistem kinetik dalam sesebuah kenderaan atau jentera bermotor. 

Di Malaysia, bio bahan api yang berasaskan sawit adalah strategi serampang dua mata yang dijalankan oleh pihak kerajaan secara amnya. Strategi ini dianggap berjaya kerana bio bahan api dapat memberikan pulangan yang lumayan dan banyak kelebihannya. 

Antara kelebihan utama bio bahan api berasaskan sawit adalah mesra alam kerana dengan penggunaannya ia dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida. 

Apabila terdapat banyak karbon dioksida, molekul-molekul akan membentuk satu lapisan di bahagian bawah atmosfera dan menyebabkan kesan rumah hijau. 

Dengan penggunaan bio bahan api berasaskan sawit, pemanasan bumi dapat dikurangkan kerana kuantiti karbon dioksida yang dilepaskan ke udara berkurangan. Sebagai kesannya, gas oksigen akan lebih banyak terbentuk dan kadar oksigen yang tinggi dapat menjamin pengudaraan yang nyaman dan persekitaran yang lebih bersih. 

Di samping itu, daya saing industri sawit tempatan akan meningkat. Apabila sawit diadaptasikan menjadi sumber bahan api, nescaya permintaan terhadap sawit akan meningkat. 

Dengan permintaan yang tinggi, harga sawit akan terus berada di paras yang tinggi dan stabil dalam jangka masa panjang. Dengan ini sumber pendapatan pengusaha industri sawit akan meningkatkan. Ia pasti menjanjikan peluang pekerjaan kepada lebih ramai penduduk Malaysia. 

Dewasa ini, pihak MPOB berjaya mengkomersilkan teknologi bio bahan api yang dinamakan biodiesel ’winter grade’ yang sesuai digunakan di negara beriklim sejuk. 

Selain itu, Malaysia juga berjaya mengeluarkan bahan api daripada metil ester sawit dan turut melaksanakan penggunaan B5 iaitu adunan antara metil ester sawit dengan diesel petroleum. 

Hal ini menunjukkan kesan yang positif kerana dianggarkan penggunaan 500,000 tan metil ester akan berupaya mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 1.475 juta tan. Kelebihan ini dilihat mampu menempatkan Malaysia setanding negara pengeluar bio bahan api yang lain. 

Bio bahan api berasaskan sawit banyak manfaatnya. Bahan api fosil yang dihasilkan daripada petroleum masih boleh terus dikekalkan dan bio bahan api daripada sawit boleh dijadikan sumber bahan api alternatif.

Sumber: Berita Harian Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s