Konsep Kenegaraan

Posted: May 25, 2011 in Kenegaraan, Pengajian Am Kertas 1


1.1.  KONSEP NEGARA

Negara –  sesuatu masy bebas yg menduduki kawasan @ wilayah dalam had sempadan tertentu &    diperintah oleh sesebuah kerajaan.

Max Waber – ‘satu komuniti masyarakat yang mempunyai monopoli menggunakan kekuasaan secara sah dalam sesuatu masyarakat’.

□ Dalam und2 antarabangsa, sesuatu masyarakat politik layak dianggap sebagai sebuah ‘negara’ (state) sekiranya ia mempunyai ciri-ciri berikut :-

a. sempadan @ wilayah yg tertentu

b. penduduk yang tetap

c. sebuah kerajaan teratur – dapat mengawal hal-ehwal dalam negeri

d. kedaulatan – mpyi keupayaan utk mengawal hal-ehwal dalam negeri & kebebasan utk mengadakan hubungan dgn negara2 lain.

Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara kerana ia mempunyai ;
Ciri asas

  • Sempadan
  • Penduduk
  • Kerajaan
  • Kedaulatan
Ciri lain :

  • Perlembagaan
  • Agama
  • Bahasa
  • Ideologi
Simbol kenegaraan :

  • Bendera
  • Lagu kebangsaan
  • Jata

1.2.  KERAJAAN

□ institusi yang mengurus & mentadbir hal-ehwal negaranya.

□ fungsi2 yg terlibat dalam pengurusan & perjalanan hal-ehwal sesebuah negaranya.

Komponen Kerajaan

Komponen Kerajaan

       Perundangan                                            Eksekutif                                               Kehakiman

■ menggubal undang2                ■ menguatkuasa & melaksanakan undang2                 ■ mengadili undang2

 

1.3.  SISTEM KERAJAAN

□ Merangkumi institusi2 & agensi2 yg btjwb utk menggubal @ melaksanakan dasar2 negara.

Cth :  Parlimen, Kabinet, Majlis Raja-Raja, mahkamah2, kementerian. Jabatan

□ Sistem-sistem kerajaan :-

Persekutuan

Kesatuan

Konfederasi

  • Gabungan lebih drpd satu negeri
  • Kuasa kerajaan dibahagikan di antara kerajaan pusat dgn kerajaan negeri @ Tempatan
  • Setiap peringkat kerajaan mpyi autonomi perundangan dlm bidang2 tertentu
  • Cth: Malaysia, A.Sykt, Kanada, Australia, India
  • Gabungan lebih drpd satu negeri
  • Kerajaan Pusat mpyi segala  kuasa
  • Kerajaan pusat boleh membatalkan perundangan yg diluluskan oleh prkt kerajaan yg lain
  • Cth : N.Zealand, Perancis, Sweden, Denmark, Indonesia
  • Gabungan lebih drpd satu negeri
  • Kerajaan Pusat mpyi segala  kuasa
  • Kerajaan pusat boleh membatalkan perundangan yg diluluskan oleh prkt kerajaan yg lain
  • Cth : N.Zealand, Perancis, Sweden, Denmark, Indonesia
  • Gabungan beberapa buah negeri
  • Kerajaan pusat mpyi kuasa  pemerintahan yg amat terhad.
  • Kebanyakan kuasa terletak di tgn kerajaan2 negeri
  • Terikat dgn perjanjian.
  • Cth : Perikatan Jerman Utara(1867-1871)


1.4.  BENTUK NEGARA

  • Merujuk kepada pentadbiran & perundangan disesebuah Negara

Bentuk Negara

Huraian

Monarki
  1. Kuasa sepenuhnya terletak pada seorang raja @ ratu.
  2. Monarki Mutlak :

□ Raja memegang jawatan ketua kerajaan.

□ Dibantu oleh ahli keluarga

□ Tiada parti politik

□ Tiada pilihan raya umum

□ Contoh negara : Brunei, Arab Saudi

  1. Raja Berperlembagaan :

□ Raja menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut perlembagaan & undang-undang.

□ Contoh negara : Malaysia

Republik
  1. Kuasa pemerintahan terletak pada seseorang individu & sesebuah parti politik.
  2. Ketua negara ialah seorang Presiden @ Pengerusi (Negara China) :- dipilih oleh rakyat
  3. Contoh negara : A.Sykt, Filipina, Singapura, Perancis
Autokrasi
  1. Pemerintahan oleh individu @ badan politik yang mempunyai kuasa sepenuhnya dalam pemerintahan.
  2. Persaingan politik yang terhad
  3. Menekankan nasionalisme & tiada ideologi yang nyata.
  4. Tindakan paksaan/kekerasan & ugutan digunakan utk mendapat kepatuhan & kesetiaan rakyat.
  5. Kebebasan awam seperti saluran media & bidang kehakiman dikawal rapi
  6. Contoh :- pada masa darurat & dalam pereintahan komunis
Totalitarianisme
  1. Hanya satu parti yg memerintah & kekerasan digunakan utk memaksa rakyat taat setia.
  2. Rakyat dipaksa taat setia kepada pemerintah
  3. Dana diperolehi secara paksaan dan dimonopoli oleh kerajaan
  4. Contoh :- Pemerintahan Adolf Hitler (Jerman), Mussolini (Itali), Stalin (Rusia)
Sosialis
  1. Kerajaan memiliknegarakan kekayaan negara demi rakyat
  2. Hak rakyat diutamakan dan bukan individu
  3. Segala perusahaan utama menjadi hak milik kerajaan.
  4. Contoh : Myanmar, Laos
Komunis
  1. Kerajaan mentadbir & memiliknegarakan ekonomi negara.
  2. Mementingkan kepentingan bersama.
  3. Tidak mempercayai Tuhan.
  4. Semua kegiatan ekonomi merupakan hak milik kerajaan.
  5. Contoh : Korea Utara, Rep. Rakyat China

Demokrasi

□ Rakyat mpyi suara mutlak dalam menentukan kerajaan yg memerintah sesebuah negara melalui pilihan   raya umum ( konsep ’kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat’ )

□ Wujud lebih drpd satu parti.

□ Sistem pilihan raya dijalankan dari semasa ke semasa

□ Kebebasan untuk bersuara, mengkritik dan berpersatuan.

a. Demokrasi Liberal

□ rakyat yang mempunyai lebih kuasa menyuarakan pendapat & tentangan mereka terhadap dasar2 & tindakan kerajaan.

b. Demokrasi Berparlimen

c. Demokrasi Berpresiden

  • Raja @ Presiden mpyi kuasa simbolik sbg Ketua Negara
  • Ketua kerajaan (PM) melaksanakan kuasa
  • Parti politik yg mdpt kerusi majoriti di DR mengetuai pentadbiran negara.
  • Conoh : Malaysia, Jepun, Britain
  • Rakyat memilih presiden yg mengetuai ketua eksekutif negara.
  • Dipilih secara langsung oleh rakyat.
  • Tidak boleh disingkirkan oleh Dewan Perundangan.
  • Contoh : A.Sykt, Filipina, Singapura

Persamaan

  • Lebih daripada satu parti yang bersaing untuk mentadbir negara
  • Pilihan raya umum diadakan & wakil Parlimen yang dipilih oleh rakyat
  • Pengasingan kuasa terbahagi antara perundangan, eksekutif dan kehakiman

Sistem pemerintahan Malaysia adalah berasaskan kepada ciri-ciri berikut :

 

1. Demokrasi Berparlimen

□ Walaupun Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi, tetapi penglibatan golongan ramai dalam amalan pemerintahan Malaysia dilakukan melalui institusi pemerintahan Parlimen.

□ Demokrasi berparlimen di Malaysia bererti rakyat melaksanakan pemerintahan negara melalui anggota  perwakilan mereka yg menduduki Parlimen.

2. Raja Berperlambagaan

□ Fungsi dan kuasa raja-raja dalam pemerintahan dan pentadbiran negara dicatat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

1.5. DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

  • Pembahagian kuasa yang jelas di antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman bagi mengelakkan pemusatan kuasa di tangan mana2 pihak

Latar belakang

□ Dikemukakan oleh John Locke (ahli falsafah England) dan dikembangkan oleh Montesquieu (ahli falsafah Perancis).

Konsep/Idea terpenting

□ Orang @ badan yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang2, menguatkuasakannya & menghukum orang yang melanggarnya.

□ Melibatkan pembahagian kuasa antara badan Perundangan, Pentadbiran & Kehakiman

□ Membolehkan setiap badan saling bertindak & mengawal badan yang lain.

□ Setiap badan berkenaan sepatutnya dianggotai kakitangannya sendiri.

Tujuan

□ Mengelakkan pemusatan kuasa di dlm tangan satu pihak sahaja yang mungkin akan mengakibatkan terjadi penyalahgunaan kuasa.

□ Memelihara kebebasan serta keamanan, mengelakkan wujudnya kezaliman

Pengasingan Kuasa di Malaysia

□ Doktrin ini diubahsuai mengikut keadaan tempatan. Fungsi badan pentadbiran, perundangan & kehakiman ini kerap kali bertindih. ( corak percantuman kuasa )

Yang di-Pertuan Agong ialah pemegang kuasa tertinggi pentadbiran Persekutuan, ketua badan Kehakiman & juga komponen Parlimen yang terpenting.

Kabinet merupakan pusat kuasa pentadbiran @ eksekutif. Anggotanya terdiri drpd para menteri yg mengikut perlembagaan mesti menjadi ahli Parlimen. Dengan itu, mereka juga terdiri drpd anggota badan perundangan.

Menteri sebenarnya dituntut untuk menjalankan kuasanya dengan membentuk & menggubal undang2 di Parlimen. Oleh itu, pada masa yang sama beliau menjalankan peranan perundangan.

□ Walaupun kebebasan kehakiman amat penting dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi peranannya kerap diganggu akta Parlimen yang memberikan beberapa kuasa istimewa kepada Peguam Negara.

Soalan Pengukuhan

  1. Tandakan Betul (B) atau Salah (S) untuk setiap pernyataan yang diberikan.
  1. Satu ciri asas pembentukan sesebuah negara ialah mempunyai penduduk yang tetap bilangannya.
  2. Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi berparlimen.
  3. Ketua negara Malaysia ialah Perdana Menteri.
  4. Dalam kerajaan demokrasi, parti yang mendapat undi dua pertiga majoriti sahaja berhak membentuk kerajaan.
  5. Teori Pengasingan Kuasa merujuk kepada pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri

Lengkapkan ayat-ayat berikut.

Kenegaraan meliputi segala aspek yang berkaitan dengan ________________ dan _________________.Ciri asas yang menerangkan konsep negara ialah :

i. ____________________                                    iii.________________________

ii.____________________                                    iv.________________________

Perdana Menteri boleh dipecat daripada jawatannya melalui undi tak percaya di dalam  __________________

  1. Nyatakan sistem kerajaan yang berkaitan dengan kenyataan yang diberikan.

Pernyataan

Sistem Kerajaan

Kerajaan negeri mempunyai kebanyakan kuasa.
Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi masing-masing dalam bidang tertentu.
Kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.
Kerajaan pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.
Kerajaan pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang sedikit.
Kerajaan pusat mempunyai kuasa autonomi dalam semua perkara.   

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s