Perlembagaan: Asas

Posted: May 25, 2011 in Kenegaraan, Pengajian Am Kertas 1

 Takrif dan Konsep Perlembagaan

 Takrif Perlembagaan 

□ Perlembagaan merupakan sebuah dokumen atau dokumen-dokumen yang mengandungi undang-  undang tertinggi untuk mewujudkan suatu sistem kerajaan yang teratur dan moden.

Kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah

R.N.Gilchrist :- “Kumpulan peraturan-peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara berbagai-bagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang menentukan bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan”.

***Ia mengandungi peruntukan-peruntukan umum mengenai corak pemerintahan negara, hak-hak asasi rakyat, kewarganegaraan, agama, bahasa, pilihanraya dan perkara-perkara lain. ( undang-undang yang selaras dengan kehendak rakyat dan keadaan semasa ).

1. Profesor A.V.Dicey menyatakan perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya.

2. Di Malaysia, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan bagi pemerintahan Negara.

3. Perlembagaan berfungsi memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat berpandukan peraturan2 yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat.

Konsep Perlembagaan

 Di Malaysia, perlembagaan merupakan undang2 tertinggi :

□ bidang perundangan :

▫  Parlimen hanya membuat & menggubal undang2 mengikut bidang kuasa yang  diperuntukkan oleh perlembagaan.

□ bidang kehakiman :

▫  mahkamah diberi kuasa mengisytihar undang2 sebagai tidak sah sekiranya undang2 yang  dibuat oleh Parlimen itu berada di luar bidang kuasanya.

▫ kuasa kehakiman tertakluk kepada kehendak2 perlembagaan

Yang di-Pertuan Agong hanya melaksanakan tugas2 yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya melaksanakan tugas mengikut peruntukan perlembagaan.

Oleh sebab tiada kuasa yang boleh menandingi kuasa Perlembagaan Persekutuan, maka Perlembagaan Persekutuan disifatkan sebagai Perlembagaan tertinggi di Malaysia.


Jenis Perlembagaan

  1. Secara umum, sesebuah perlembagaan boleh dibahagikan mengikut :-
  2. sama ada ia bertulis atau tidak
  3. sama ada ia dapat dipinda dengan mudah atau tidak

c.    sistem kerajaan yang diamalkan

2.Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia mula mengambil model Parlimen jenis Westminster daripada Perlembagaan British.

  1. Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada :
  2. perlembagaan bertulis
  3. perlembagaan tidak bertulis

Bertulis

( Didokumen dan dibukukan )

Tidak Bertulis

□ Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan □   Parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda apa jua jenis undang-undang tanpa sekatan
Kuasa paling tinggi diperuntuk kepada perlembagaan   (dokumen tertinggi tempat merujuk) □   Kuasa paling tinggi diperuntukkan kepada Parlimen
□ Undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda tertakluk mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan □  Berdasarkan tradisi, amalan, sikap serta pengalaman   politik/terdapat dalam akta yang digubal oleh badan perundangan /berdasarkan keputusan mahkamah
□   Boleh dipinda oleh Parlimen :

–    Mudah: dua pertiga daripada persetujuan Parlimen

–    Tidak mudah: melibatkan referendum rakyat terlebih dahulu.

□Contoh negara : Malaysia

□   Contoh negara : United Kingdom

Ketertinggian Perlembagaan 

  • Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia
  • Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan
  • Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan.
  • Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan akan terbatal setakat mana yang bercanggah

 Justeru itu, tiada terdapat sebarang institusi di Malaysia melainkan Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai kuasa tertinggi. Inilah yang diertikan dengan konsep ketinggian Perlembagaan


Latihan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan   Perlembagaan?

I.  Undang-undang bertulis

II.  Panduan mentadbir sesebuah negara

III. Panduan memajukan ekonomi negara

IV. Pengagihan kuasa sesebuah negara

A. I dan II                  C. II dan IV

B. II dan III                  D. III dan IV

2.  Apakah ciri-ciri yang terkandung dalam Perlembagaan?

I.    Hak asasi yang dimiliki oleh rakyat di dalam sesebuah Negara

II.   Undang-undang tertinggi pembentukan negara

III. Sejarah dan kebudayaan semua kaum di dalam sesebuah negara

IV. Semua agensi kerajaan dalam struktur pentadbiran negara

A. I dan II                                    C. II dan III

B. I dan III                                    D. III dan IV

3. Apakah tujuan perlembagaan diwujudkan di  sesebuah negara?

I. Masyarakat mengetahui hak asasi mereka

II. Masyarakat mengetahui asal-usul mereka

III.Masyarakat boleh mengikut panduan   budaya dalam perlembagaan

IV. Sebagai garis panduan untuk sesebuah kerajaan melaksanakan pemerintahan

A. I dan II                           C. II dan III

B. I dan IV                           D. III dan IV

4.Antara perkara-perkara berikut, yang manakah berkaitan dengan perlembagaan bertulis?

A.  Hanya Kabinet berkuasa menggubal Perlembagaan bertulis.

B.  Segala rang undang-undang yang dibuat, mesti dicatat dan dikuatkuasakan.

C.  Semua perlembagaan bertulis mesti berdasarkan model Parlimen jenis Westminster, Britain.

D.  Segala undang-undang yang digubal dan dipinda tertakluk kepada kuasa peruntukan perlembagaan.

Soalan 5 berdasarkan pernyataan di bawah

  • Menentukan hak asasi rakyat
  • Menentukan corak pemerintahan sesebuah negara
  • Kuasa tertinggi bagi sesebuah negara

5. Antara institusi berikut, yang manakah  dimaksudkan di atas?

A. Parlimen                  C. Kabinet

B. Mahkamah                  D. Perlembagaan

6. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan fungsi sesebuah perlembagaan?

I. Menggubal undang-undang yang adil bagi sesebuah negara.

II. Memelihara hak asasi dan tanggungjawab rakyat.

III. Menghukum pihak yang tidak mematuhinya.

IV. Mengawal segala tindakan dan memberi kuasa kepada pemerintah.

A. I, II dan III                           C. I, III dan IV

B. I, II dan IV                           D. II, III dan IV

7. Antara pernyataan berikut, yang manakah  benar tentang Perlembagaan Britain?

I. Perlembagaan Britain ialah perlembagaan bertulis.

II. Parlimen yang berkuasa meminda Perlembagaan Britain.

III. Kabinet Britain yang berkuasa menggubal Perlambagaan Britain.

IV. Tradisi serta amalan rakyat Britain merupakan aspek pengukuhan Perlembagaan Britain.

A. I dan II                                    C. II dan IV

B. II dan III                                    D. III dan IV

8. Yang manakah antara berikut, merupakan tindakan yang boleh dijalankan oleh bidang  kehakiman?.

I.   Mengisytiharkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah.

II.  Mengisytiharkan penggubalan undang-undang yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

III. Mengisytiharkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan tidak boleh dilaksanakan.

IV. Menuntut pengubahsuaian yang dibuat oleh mahkamah bagi undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan.

A. I dan II                           C. I dan IV

B. I dan III                           D. II dan III

Soalan 9 berdasarkan pernyataan di bawah

Perlembagaan ini merupakan undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini, hendaklah terbatal setakat yang berlawanan.

9. Antara pernyataan berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?

I. Perlembagaan tidak mengatasi segala undang-undang lain di Malaysia.

II. Undang-undang yang wujud sebelum merdeka masih diiktiraf jika tidak bertentangan dengan perlembagaan.

III. Undang-undang yang terdapat di dalam perlembagaan boleh dipinda.

IV. Undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal keseluruhannya.

A. I dan II                                    C. II dan III

B. I dan IV                                    D. III dan IV

10. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang konsep ‘Ketertinggian Perlembagaan Malaysia’?

A. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

B. Parlimen boleh membuat undang-undang untuk perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya.

C. Kuasa Kehakiman mahkamah adalah tertakluk mengikut kehendak-kehandak badan pemerintah.

D. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri.

BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI (Jadual 9 P.P)

Senarai Persekutuan

Senarai Negeri

Senarai Bersama

1. Hal-ehwal luar negeri

2. Pertahanan

3. Keselamatan dalam negeri

4. Undang-undang sivil dan jenayah serta pentadbiran keadilan

5. Kewarganegaraan Persekutuan.

6. Jentera Kerajaan ( tertakluk kepada Senarai Negeri)

7. Kewangan

8. Perdagangan dan perusahaan

9. Perkapalan, pelayaran dan perikanan (laut)

10. Perhubungan dan pengangkutan

11. Pendidikan

12. Kesihatan

13. Buruh

14. Akhbar dan penapisan

15. Syarikat kerjasama

16. Siasatan dan Penyelidikan

17. Perikanan

18. Kerjaraya

19. Kebajikan Orang Asli

20. Pelancongan

1.  Hal-ehwal agama Islam (termasuk  hukum syarak)

2. Tanah

3. Pertanian dan perhutanan

4. Kerajaan Tempatan

5. Jentera pentadbiran Kerajaan Negeri

6. Kerja-kerja Negeri dan kerja-kerja air

7. Hari Kelepasan Negeri

8. Penyu dan menangkap ikan di sungai

9. Siasatan bagi maksud-maksud negeri

10. Perpustakaan, muzium serta rekod purbakala dan  sejarah

Tambahan kepada Sabah dan Sarawak

  • Undang-undang dan adat istiadat bumiputera
  • Perbadanan pihak-pihak berkuasa dan lain-lain badan yang ditubuhkan oleh undang-undang Negeri
  • Pelabuhan
  • Ukuran tanah
  • Keretapi Sabah

1. Kebajikan masyarakat

2. Biasiswa

3. Ternakan

4. Perlindungan binatang dan burung liar

5. Perancangan bandar dan kampung

6. Perparitan dan pengairan

7. Pemulihan tanah lombong

8. Kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar

9. Kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit

10. Perumahan

11. Kebudayaan sukan

Tambahan kepada Sabah dan Sarawak

  • Undang-undang adat
  • Pencemuhan burung-burung makanan dan barang lain
  • Perkapalan, menangkap ikan di laut dan di muara
  • Pengeluaran, pembahagian dan bekalan kuasa air dan letrik yang dijanakan oleh kuasa air
  • Penyelidikan pertanian dan perhutanan
  • Khairat serta amanah dan yayasan khairat dalam Negeri
  • Panggung wayang dan tempat hiburan awam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s