Kewarganegaraan melalui Kuat kuasa Undang-Undang

Posted: May 26, 2011 in Kenegaraan, Pengajian Am Kertas 1

Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi orang yang lahir sebelum Hari Malaysia

 

  • sebelum Hari Merdeka menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa mana-mana peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, sama ada melalui kuat kuasa undang-undang atau selainnya

 

  • lahir di dalam Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka tetapi sebelum bulan Oktober 1962  [ antara 31 Ogos 1957 – Okt 1962 ]

 

  • lahir di dalam Persekutuan selepas bulan September 1962 dgn syarat :

sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu  seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan

► pada masa di lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain

 

  • lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka

bapanya seorang warganegara

►pada masa kelahiran, bapanya berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan

dalam masa satu tahun selepas kelahirannya didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan [ melalui Pejabat Konsul Persekutuan ]

 

Contoh soalan :

  • Orang yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia (16 September 1963) dan menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
  • Orang yang dilahirkan di negara Malaysia pada atau selepas Hari Malaysia

Kelayakan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi orang-orang yang di atas adalah melalui :

A. kuat kuasa undang-undang                            C. pendaftaran

B. percantuman wilayah                                    D. naturalisasi

Jawapan : A

Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia.

  • orang yang lahir di Persekutuan dengan syarat :

sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan

  • orang yang lahir di luar Persekutuan dengan syarat :

► pada masa kelahiran, bapanya [ merupakan warganegara ] berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan

dalam masa satu tahun selepas kelahirannya didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan [ melalui Pejabat Konsul Persekutuan ]

►pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara

Contoh 1 :

Encik Raja dan isterinya, warganegara Malaysia telah bekerja di London. Mereka telah memperoleh seorang anak semasa berada di luar negara. Kewarganegaraan anak Encik Raja diperoleh melalui cara :

  1. kemasukan                              C.  kemasukan wilayah
  2. pendaftaran                             D. kuatkuasa undang-undang

Jawapan : D

Contoh 2 :

En. Ahmad seorang pemastautin tetap di Malaysia yang belum memperoleh hak kewarganegaraan. Isterinya bukan warganegara Malaysia. Apakah taraf kewarganegaraan anak mereka yang dilahirkan di negara ini?

A. Bukan warganegara

B. Warganegara cara kemasukan

C. Warganegara cara pendaftaran

D. Warganegara melalui kuatkuasa undang-undang

Jawapan : A

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s