PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: HAL EHWAL KEWARGANEGARAAN

Posted: May 26, 2011 in Kenegaraan, Pengajian Am Kertas 1

Jadual Kedua-Bahagian I-Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi orang yang lahir sebelumHari Malaysia.

JADUAL KEDUA

[Perkara 39]

BAHAGIAN I

[Perkara 14(1)(a)]

KEWARGANEGARAAN MELALUI KUAT KUASA
UNDANG-UNDANG BAGI ORANG YANG LAHIR
SEBELUM HARI MALAYSIA

1. (1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini dan kepada apa-apa jua yang dilakukan di bawahnya sebelum Hari Malaysia, orang yang berikut yang lahir sebelum Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

(a) tiap-tiap orang yang sebaik sebelum Hari Merdeka menjadi warganegara Persekutuan menurut kuasa mana-mana peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, sama ada melalui kuat kuasa undang-undang atau selainya;

(b) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka tetapi sebelum bulan Oktober 1962;

(c) tiap-tiap orang yang lahir di dalam Persekutuan selepas bulan September 1962, dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan, atau tiap-tiap orang yang pada masa di lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain;

(d) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan di bawah Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri;

(e) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan pada atau selepas Hari Merdeka yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara, jika dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu seorang warganegara, jika dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang telah dibenarkan atau dibenarkan oleh Persektuan dalam mana-mana hal tertentu atau, jika kelahiran itu berlaku di Singapura, Sarawak, Brunei atau Borneo Utara, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan.

(2) Seseorang bukanlah warganegara menurut kuasa peranggan (b) atau (c) subseksyen (1) jika, pada masa dia lahir, bapanya, yang bukan seorang warganegara, mempunyai apa-apa kekebalan daripada guaman dan proses undang-undang sebagaimana yang diberikan kepada utusan sesuatu kuasa berdaulat yang diwatikahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

2. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, seseorang yang biasanya bermastautin di Negeri Sabah atau Sarawak atau di Brunei pada Hari Malaysia ialah seorang warganegara melalui kuat kuasa undang-undang jika sebaik sebelum hari itu dia seorang warganegara United Kingdom dan Tanah-Tanah Jajahan, dan sama ada-

(a) telah lahir di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak; atau

(b) telah menjadi seorang warganegara sedemikian melalui pendaftaran di wilayah-wilayah aitu atau melalui atau berikutan dengan penaturalisasian di wilayah-wilayah itu.

Jadual Kedua-Bahagian II-Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi orang yang lahir pada atauselepas Hari Malaysia.

 

JADUAL KEDUA

BAHAGIAN II

[Perkara 14(1)(b)]

KEWARGANEGARAAN MELALUI KUAT KUASA
UNDANG-UNDANG BAGI ORANG YANG LAHIR
PADA ATAU SELEPAS HARI MALAYSIA

1. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan

(b) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persektuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan sesuatu Negeri; dan

(c) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam mana-mana hal tertentu, kelahiran itu didaftarkan di suatu konsulat Persektuan atau, jika kelahiran itu berlaku di Brunei atau di sesuatu wilayah yang di tetapkan bagi maksud ini melalui perintah Yang di-Pertuan Agong, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan; dan

(d) tiap-tiap orang yang lahir di Singapura dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan orang itu pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara selain menurut kuasa perenggan ini; dan

(e) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara selain menurut kuasa perenggan ini.

2. (1) Seseorang bukanlah warganegara menurut kuasa peranggan (a), (d) atau (e) seksyen 1 jika, pada masa itu dia lahir, bapanya, yang bukan seorang warganegara, mempunyai apa-apa kekebalan daripada guaman dan proses undang-undang sebagaimana yang diberikan kepada utusan sesuatu kuasa berdaulat yang di watikahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, atau jika bapanya ketika itu seorang orang asing musuh dan kelahiran itu berlaku di suatu tempat di bawah pendudukan musuh.

(2) Dalam seksyen (1), sebutan dalam perenggan (b) mengenia seseorang yang lahir di Persekutuan termasuklah kelahiran sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak.

(3) Bagi maksud perenggan (e) seksyen 1, seseorang akan dikira sebagai mempunyai, pada masa dia lahir, apa-apa kewarganegaraan yang diperolehnya dalam masa satu tahun kemudiannya menurut kuasa mana-mana peruntukan yang bersamaan dengan perenggan (c) seksyen itu selainnya.

Jadual KeduaBahagian IIIPeruntukan tambahan berhubung dengan kewarganegaraan.

JADUAL KEDUA

BAHAGIAN III

[Perkara 31]

PERUNTUKAN TAMBAHAN BERHUBUNG
DENGAN KEWARGANEGARAAN

Menteri

1. Fungsi Kerajaan Persekutuan di baawah Bahagian III Perlembagaan ini hendaklah dijalankan oleh mana-mana Menteri Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Tang di-Pertuan Agong, dan sebutan dalam Jadual ini mengenai Menteri hendaklah di tafsirkan dengan sewajarnya.

2. Sesuatu keputusan Kerajaan Persekutuan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini tidaklah tertakluk kepada rayuan atau kajian semula di dalam mana-mana mahkamah.

3. (Dimansuhkan).

4. (1) Menteri boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawai Kerajaan Persekutuan atau, dengan persetujuan Raja atau Yang di-Pertua Negeri mana-mana Negeri, kepada mana-mana pegawai Kerajaan Negeri itu, mana-mana fungsinya di bawah Bahagian III Perlembagaan ini atau Jadual ini yang berhubungan dengan kewarganegaraan melalui pendaftaran dan penyimpanan daftar-daftar, dan, berhubung dengan perintah-perintah di bawah peranggan (c) Fasal (1) Perkara 25 atau di bawah Perkara 26, mana-mana fungsinya di bawah Perkara 27 sebelum memutuskan sama ada hendak membuat suatu perintah yang sedemikian; tetapi mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan seseorang yang kepadanya fungsi Menteri itu diwakilkan sedemikian boleh merayu kepada Menteri.

(2) Menteri boleh juga, dengan persetujuan Yang di-Pertau Negeri bagi Negeri yang berkenaan, mewakilkan kepada suatu pihak berkuasa Negeri Sabah atau Sarawak (tertakluk atau tidak tertakluk kepada syarat-syarat yang membuat peruntukan bagi sesuatu rayuan daripada pihak berkuasa itu kepada Menteri) mana-mana fungsi Menteri di bawah Fasal (6) Perkara 28A yang tidak dikehendaki diwakilkan menurut Fasal (7) Perkara itu.

(3) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi pendaftaran di bawah Fasal (2) Perkara 19A sebagaimana subseksyen itu terpakai bagi kewarganegaraan melalui pendaftaran, dan bagi pembatalan di bawah Fasal (4) Perkara 19A sesuatu pendaftaran di bawah Perkara itu sebagaimana subseksyen itu terpakai bagi sesuatu perintah di bawah Perkara 26.

5. (Dimansuhkan).

 

Fungsi Menteri
6. Tertakluk kepada undang-undang persekutuan, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah dan menetapkan borang-borang bagi maksud menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Bahagian III Perlembagaan ini.

7. Apa-apa kuasa Kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan, bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini, tempoh bagi mendaftarkan sesuatu kelahiran yang berlaku di luar Persekutuan boleh dijalankan sama ada sebelum atau selepas pendaftaran itu dibuat.

8. (Dimansuhkan).

9. Apa-apa notis yang hendaklah diberikan oleh Menteri kepada mana-mana orang di bawah Perkara 27 boleh dihantar kepada orang itu di alamatnya yang akhir diketahui, atau, dalam hal seseorang yang di bawah umur dua puluh ssatu tahun (yang bukan seorang perempuan bersuami), kepada ibu atau bapanya atau penjaganya di alamat ibu atau bapa atau penjaga itu yang akhir diketahui; dan jika sesuatu alamat yang ke situ notis boleh dihantar kepada mana-mana orang di bawah seksyen in tidak diketahui dan tidak dapat ditentukan selepas siasatan yang munasabah dibuat, maka notis itu boleh diberikan dengan menyiarkannya dalam Warta.

10. (1) Menjadi kewajipan Menteri untuk menyusun dan menyenggarakan-

(a) suatu daftar warganegara melalui pendaftaran;
(b) suatu daftar warganegara melalui penaturalisasian;
(c) suatu daftar orang yang kepada mereka perakuan telah dikeluarkan di bawah Fasal (1) Perkara 30;
(d) suatu daftar orang yang telah melepaskan atau telah dilucutkan kewarganegaraan di bawah mana-mana

peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini.
(e) (Dimansuhkan).
(f) suatu indeks mengikut abjad bagi semua orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (d).

(2) Sebutan dalam seksyen ini mengenai warganegara melalui pendaftaran atau melalui penaturalisasian hendaklah ditafsirkan mengikut Perkara 28 seolah-olah seksyen in telah dimasukkan antara peruntukan yang baginya Perkara itu terpakai.

11. Jika Menteri mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu kekhilafan terdapat dalam mana-mana daftar yang disusun di bawah seksyen 10, maka dia hendaklah, selepas memberikan notis kepada orang yang berkenaan itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi daripadanya yang dipilih olehnya untuk dibuat, membuat apa perubahan pada daftar itu sebagaimana yang didapati perlu oleh Menteri bagi membetulkan kekhilafan itu.

12. Tertakluk kepada seksyen 11, daftar tersebut hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang terkandung dalamnya;

13-15. (Dimansuhkan).

Kesalahan-kesalahan
16. (1) Menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemejaraan selama dua tahun atau denda sebanyak seribu ringgit atau kedua-duanya jika mana-mana orang-

(a) dengan disedarinya membuat apa-apa pernyataan palsu dengan tujuan untuk mendorong Menteri membenarkan atau menolak mana-mana permohonan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini, termasuk apa-apa permohonan untuk menentukan sama ada pemohon itu seorang warganegara melalui kuat kuasa undang-undang; atau
(b) memalsukan atau tanpa kuasa yang sah mengubah mana-mana perakuan, sama ada yang dikeluarkan atau diberikan di Persekutuan atau di mana-mana tempat lain, atau tanpa kuasa yang sah menggunakan atau ada dalam miliknya apa-apa perakuan yang telah dipalsukan atau diubah sedemikian; atau
(c) tidak mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan ke atasnya oleh mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen 6 mengenai  penyerahan perakuan; atau
(d) menyamar atau dengan cara palsu mengemukan dirinya sebagai atau bukan sebagai seorang yang kepadanya suatu perakuan, sama ada yang dikeluarkan di Persekutuan atau di mana-mana tempat lain, telah dikeluarkan atau diberikan dengan sewajarnya.

(2) Dalam seksyen ini, “perakuan” ertinya apa-apa perakuan daripada perihalan yang berikut yang dikeluarkan di bawah Bahagian III Perlembagaan ini, iaitu;

(a) apa-apa perakuan pendaftaran atau perakuan naturalisasi sebagai seorang warganegara; dan
(b) apa-apa perakuan pendaftaran yang dibuat di suatu konsulat Persekutuan atau di mana-mana tempat lain di

luar Persekutuan; dan
(c) apa-apa perakuan seperti yang di sebut dalam Perkara 30.

 

Tafsiran
17. Berhubung dengan seseorang anak tidak sah taraf, sebutan mengenai bapa orang itu atau mengenai ibu atau bapanya, atau mengenai seorang daripada ibu bapanya adalah, bagi maksud Bahagian II Perlembagaan ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai ibunya, dan dengan yang demikina itu seksyen 19 Jadual ini tidaklah terpakai bagi orang itu.

18. Berhubung dengan seseorang anak angkat yang pengangkatannya telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan termasuk mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa sebelum Hari Merdeka, Fasal (3) Perkara 15 hendaklah berkuat kuasa seolah-olah sebutan mengenai bapanya telah digantikan dengan sebutan mengenai pengangkat itu, dan sebutan dalam Fasal itu dan seksyen 9 Bahagian ini dalam Jadual ini mengenai ibu atau bapanya hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

19. Apa-apa sebutan dalam Bahagian III Perlembagaan ini mengenai taraf atau perihalan bapa seseorang pada masa kelhairan orang itu hendaklah, berhubung dengan seseorang yang lahir selepas kematian bapanya, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai taraf atau perihalan bapa itu pada masa kematian bapa itu; dan jika kematian itu berlaku sebelum Hari Merdeka dan kelahiran itu berlaku pada atau selepas hari Merdeka, maka taraf atau perihalan yang akan terpakai bagi bapa itu sekiranya dia mati selepas Hari Merdeka hendaklah disifatkan sebagai taraf atau perihalan yang terpakai baginya pada masa kematiannya. Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan Hari Malaysia sebagaimana seksyen ini berkuat kuasa berhubung dengan Hari Merdeka.

19A. Bagi maksud Bahagian I dan II Jadual ini, seseorang yang lahir di atas sesuatu kapal atau pesawat udara berdaftar hendaklah disifatkan telah lahir di tempat di mana kapal atau pesawat udara itu telah didaftarkan, dan seseorang yang lahir di atas sesuatu kapal atau peasawat udara tidak berdaftar kepunyaan Kerajaan mana-mana negara hendaklah disifatkan telah lahir di dalam negara itu.

19B. Bagi maksud Bahagian I dan II Jadual ini, mana-mana kanak-kanak baru lahir yang dijumpai ditinggalkan tanpa perlindungan di mana-mana tempat hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah lahir di tempat itu dan ibunya bermastautin secara tetap di tempat itu; dan jika kanak-kanak itu dikira menurut kuasa seksyen ini telah lahir sedemikian, maka tarikh dia dijumpai hendaklah dikira sebagai tarikh lahirnya.

19C. Bagi maksud Bahagian I atau II Jadual ini, seseorang hendaklah dikira telah bermastautin secara tetap pada bila-bila masa di Persekutuan jika, tetapi hanya jika, dia ketika itu bermastautin di Persekutuan dan sama ada-

(a) dia ketika itu mendapat kebenaran yang diberikan tanpa had masa di bawah mana-mana undang-undang persekutuan untuk bermastautin di Persekutuan; atau
(b) diperakui oleh Kerajaan Persekutuan bahawa dia hendaklah dikira bagi maksud itu sebagai seorang pemastautin tetap di Persekutuan.

20. (1) Pada menghitung apa-apa kemastautinan di Persekutuan bagi maksud Bahagian II Perlembagaan ini-

(a) tempoh tidak ada dalam Persekutuan selama kurang daripada enam bulan:
(b) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan bagi maksud apa-apa jenis pendidikan, di mana-mana negara dan selama apa-apa tempoh yang diluluskan dari semasa ke semasa sama ada secara am atau secara khas oleh Menteri;
(c) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana sebab-seba kesihatan;
(d) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana bertugas dalam perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan mana-mana Negeri, jika tempoh itu selaras dengan keberterusan yang diperlukan bagi kemastautinan itu; dan
(e) tempoh yang tidak ada di dalam Persekutuan kerana apa-apa sebab lain yang ditetapkan secara am atau secara khas oleh Menteri, hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.

(2) Pada menghitung apa-apa kemastautinan di Persekutuan bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini-
(a) tempoh yang dalamnya seseorang telah tidak bermastautin dengan sah di Persekutuan;
(b) tempoh seseorang berada sebagai penghuni di dalam mana-mana penjara atau sebagai seseorang yang ditahan dalam jagaan yang sah di mana-mana tempat lain, selain hospital mental, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis Persekutuan; dan
(c) tempoh yang dalamnya seseorang dibenarkan tinggal sementara di Persekutuan di bawah kuasa apa-apa pas yang dikeluarkan atau perintah pengecualian yang dibuat di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis Persekutuan yang berhubungan dengan imigresen.

(d) tidak boleh, kecuali dalam hal apa-apa tempoh yang disebut dalam perenggan (c), dengan persetujuan Menteri, dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.

(3) Bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini, seseorang hendaklah disifatkan bermastautin di Persekutuan pada

sesuatu hari tertentu jika dia telah bermastautin di Persekutuan sebelum hari itu dan hari itu termasuk dalam apa-apa tempoh tidak ada di dalam Persekutuan yang disebut dalam subsejsyen (1).

(4) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan mana-mana bahagian Persekutuan dan wilayah-wilayah yang termasuk di dalam bahagian itu sebelum Hari Malaysia sebagaimana seksyen ini terpakai berhubung dengan Persekutuan pada kesekuruhannya, dan sebutan dalam subseksyen (1)(d) mengenai perkhidmatan sesuatu Negeri hendaklah termasuk, berhubung dengan wilayah-wilayah itu, perkhidmatan mana-mana Kerajaan yang mempunyai bidang kuasa di wilayah-wilayah itu sebelum Hari Malaysia; dan berhubung dengan Hari Malaysia atau mana-mana hari yang kemudiannya subseksyen (3) hendaklah terpakai seolah-olah wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak telah pada setiap masa menjadi sebahagian daripada persekutuan.

21. Bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini, “konsulat Persekutuan” termasuklah mana-mana pejabat yang menjalankan fungsi konsul bagi pihak Persekutuan.

22. Kecuali setakat yang konteksnya menghendaki makna yang lain, sebutan dalam Jadual ini mengenai Bahagian III Perlembagaan ini hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai Jadual ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s