Bagaimanakah alam sekitar dapat mempengaruhi ketamadunan manusia daripada masyarakat paleolitik kepada masyarakat yang bertamadun.

Posted: June 5, 2011 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 1

Pendahuluan :

Pengertian alam sekitar.
Pengertian masyarakat paleolitik.
Pengertian masyarakat bertamadun.
Ciri-ciri asas masyarakat bertamadun.
Idea / isi :

Alam sekitar mengubah corak penempatan masyarakat :

Perkembangan pertanian dan penternakan membolehkan manusia membina kawasan petempatan tetap di kawasan-kawasan tertentu dan mereka tidak lagi perlu berpindah randah kerana kini mereka sudah dapat bergantung kepada bekalan makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan petempatan mereka. Manusia tidak lagi berpindah-randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Corak masyarakat adalah lebih menetap dengan penanaman tanaman-tanaman makanan dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung kehidupannya. Manusia mengubahsuaikan ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Perkembangan penempatan-penempatan kekal dengan perkampungan diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan untuk kegiatan pertanian.
Alam sekitar melahirkan konsep pertanian dan berlaku revolusi pertanian :

Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Peningkatan bukan sahaja berlaku bukan sahaja dari segi kuantiti, tetapi juga kualitinya. Ini menyebabkan kawasan petempatan itu semakin berkeupayaan menampung jumlah penduduk yang ramai. Kualiti pemakanan manusa bertambah baik dan bekalannya juga dapat diperolehi secara berterusan. Justeru wujud Revolusi pertanian yang berupaya mengawal bekalan makanan dan menawarkan secara berterusan, penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran revolusi pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun. Manusia mula berhenti dengan cara hidup secara nomad dan mula hidup menetap secara bermasyarakat.
Alam sekitar mempengaruhi peralatan dan teknologi :

Pada zaman paleolitik alat batunya kasar kerana mereka berpindah randah. Selepas zaman bertamadun mereka telah menetap dan bercucuk tanam dan berlakunya pertambahan penduduk. Justeru peralatan adalah lebih halus dan juga diubahsuaikan dengan keperluan zaman. Keadaan ini menunjukkan manusia menggunakan alam untuk lebih inovatif dan kreatif. Contohnya penciptaan tenggala yang dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda untuk mengangkut hasil pertanian bagi menampung permintaan yang banyak bukan sahaja mengubah corak pengangkutan tetapi mempercepatkan perkembangan industri. Peningkatan teknologi membolehkan manusia menguasai persekitaran kehidupan dan merupakan asas kelahiran masyarakat yang kompleks.
Alam sekitar mempengaruhi perkembangan kegiatan ekonomi :

Perubahan orientasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk meningkatkan pengeluaran. Pada peringkat paleolitik alam sekitarnya adalah hutan dan sungai. Kegiatan mereka tertumpu kepada memburu, memungut hasil hutan dan menangkap ikan. Dalam masyarakat bertamadun berlaku perubahan pada alam sekitar, dimana mereka mula menetap di kawasan yang subur di tepi sunggai dan menjalankan pertanian secara agresif. Lebihan hasil ditukarkan dan ada juga yang diperdagangkan. Contoh, pertukaran perdagangan antara Tamadun India dengan Tamadun Mesopotamia.
Alam sekitar mempengaruhi perkembangan sistem kepercayaan :

Percaya kepada kuasa-kuasa luar biasa yang dianggap suci, berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Mereka juga menjalankan upacara ritual dan amalan korban untuk meningkatkan kesuburan tanaman dan binatang ternakan. Keadaan ini akhirnya mewujudkan konsep ketuhanan dalam sejarah ketamadunan manusia.
Alam sekitar mempengaruhi pertumbuhan penduduk :

Kemajuan pertanian dalam zaman ini menyebabkan manusia semakin berupaya mengawal dan menggunakan sumber alam. Ini menyebabkan kehidupan mereka lebih stabil dan terjamin baik sebagai individu mahupun sebagai satu komuniti. Keadaan ini membawa kepada berlakunya pertambahan penduduk yang semakin pesat. Kehidupan di satu-satu kawasan petempatan juga menjadi semakin kompleks. Pertumbuhan penduduk memang mendorong masyarakat meneroka kawasan-kawasan baru yang tanahnya yang subur untuk pertanian. Pertumbuhan bilangan penduduk dan wujudnya perbandaran menggalakkan perkembangan pasaran baru, peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan kemajuan dalam bidang teknologi untuk pertanian yang mendorong kepada kelahiran masyarakat yang kompleks.
Alam sekitar mewujudkan pengkhususan kerja :

Kehidupan yang bertambah kompleks telah menyebabkan masyarakat perlu kepada pengkhususan kerja untuk menjalankan tugas tertentu mengikut kemahiran dan kebolehan seseorang. Misalnya masyarakat memerlukan pemimpin untuk mengkoordinasi dan memberi arahan kepada mereka. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga keamanan. Masyarakat memerlukan pendita untuk menjalankan kegiatan agama. Kesan daripada pertumbuhan penduduk yang mendadak melahirkan institusi sosial atau kerajaan yang berfungsi mengawal dan menyelia urusan pemerintahan dan pentadbiran dan menyelesaikan masalah dan hak rakyat yang semakin kompleks. Peningkatan produktiviti yang dapat menjamin keperluan bekalan di satu-satu kawasan membolehkan sesetengah penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan pengeluaran seperti kegiatan kesenian atau aktiviti keagamaan. Ini membawa kepada bermulanya penambahan bilangan kerja dalam masyarakat.
Alam sekitar mewujudkan sistem dalam masyarakat (organisasi sosial) :

Dalam masyarakat munculnya institusi-institusi pemerintahan, keagamaan, pendidikan dan sebagainya sebagai organisasi untuk membolehkan manusia dapat adaptasi dan mengawal alam sekeliling mereka. Pemimpin, pahlawan dan pendita muncul sebagai orang berkuasa. Pahlawan dapat senjatanya. Paderi pula dengan pengetahuannya mengenai tuhan. Sementara majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat dan pengetahuan itu menjadi pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di suatu petempatan terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.
Kesimpulan :

Alam sekitar telah mengubah corak kehidupan dan masyarakat. Situasi ini telah melahirkan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir yang lebih kompleks sesuai dengan zamannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s