Bandingkan konsep ketuhanan Antara Pandangan Islam Dengan Tamadun-Tamadun Awal Manusia.

Posted: June 5, 2011 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 1

Pengenalan :

Konsep ketuhanan dan keagaaman menurut pandangan Islam adalah berlandaskan kepada kaidah iaitu mentauhidkan Allah swt yang esa. Agama Islam menekankan aspek syariah dalam menentukan peraturan kehidupan. Berbeza dengan konsep ketuhanan dan keagamaan tamadun awal manusia, mereka mempercayai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.
Isi :

Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Menurut Pandangan Islam.

Terdapat dua bentuk ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w:

Di Mekkah:

Ajaran berbentuk Tasyri’ Kulli ( ajaran secara umum ) sebagaimana yang termaktub di dalam Al – quraan, melalui surah – surah Makkiyah sebanyak 93 surah. Ia menyentuh mengenai Hablum Minallah (Hubungan antara HambaNya dengan Allah ). Iaitu berhubung dengan akidah, keimanan, akhlak dan peribadatan.
Di Madinah :

Ajarannya berbentuk Tasyri’ Juzi ( ajaran secara khusus ) sebagai mana disebut di dalam surah Madaniyah ayat 21. Ia menerangkan persoalan Hablum Minannas ( hubungan antara individu, manusia dengan individu yang lain ) iaitu berhubung dengan kenegaraan, ekonomi, kemasyarakatan dan lain – lain lagi.
Aspek-aspek Ajaran Islam :

Aspek Akidah :

Tauhid : mengesakan Allah swt sebagai tuhan yang berhak disembah, memiliki segala kesempurnaan, berkuasan mencipta alam semesta. Dengan sendirinya, menolak segala ajaran anthropomorphisme, iaitu segala bentuk penyembahan berhala dan penyamaan tuhan dengan makhluk Nya.
Mempercayai enam rukun iman : beriman kepada Allah, kepada Malikat, kitan – kitab suci Allah, para rasul, hari Kiamat dan Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah swt.
Mempunyai tanggungjawab terhadap amalan sendiri. Mempercayaai bahawa syurga adalah tempat kediaman di akhirat nanti nagi mereka yang mematuhi perintah Allah dan neraka adalah tempat manusia yang mengingkari perintah Allah
Perkara – perkara selepas mati: mempercayaai adanya alam barzakh (kubur ), hari nisab, hari kiamat, titian siratul mustaqim, nikmat dalam syurga dan lain – lain lagi. Di dalam ajaran Islam ini, umat Islam boleh terus beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Semua bentuk penyembahan dilarang melakukannya melalui perantaraan.
Aspek Syariah:

Ajaran ini membezakan dengan ajaran – ajaran jahiliah kerana ia membentuk cara hidup sendiri melalui syariah – syariah yang merupakan undang – undang atau tatacara bagi manusia hidup sementara di bumi ini. Di dalam syariah terdapat pelbagai bentuk peraturan yang diturunkan oleh Allah melalui wahyu Nya kepada Rasullah s.a.w. hanya mengamalkan peraturan dan undang – undang ini sahaja yang terselamat dari kesesatan di dunia dan beroleh keberuntungan di akhirat kelak.
Aspek Akhlak:

Ajaran ini tidak lengkap tanpa peraturan berhubung dengan akhlak. Di dalamnya terdapat peraturan yang menegah umat Islam khasnya dan umat manusia amnya supaya tidak melakukan kejahatan dan tidak berperikemanusiaan seperti merompak, minum arak, berjudi dan sebagainya. Ajaran Islam juga menggalakkan manusia supaya berakhlak mulia, menjalinkan silaturahim dan tolong menolong.
Dengan melaksanakan tiga aspek ajaran Islam ini sahaja, barulah umat Islam secara individu atau bermasyarakat boleh dianggap beriman kepada Allah, rasul – Nya dengan sebenar – benarnya. Aspek ini telah membezakan keagamaan setiap penganut Islam dengan keagamaan orang – orang Jahilian sebelum Islam.
Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Menurut Pandangan Tamadun Awal Manusia.

Menyembah banyak Tuhan.

Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah bersifat politeisme iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa – dewi. Misalnya orang – orang Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa – dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.
Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa – dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari ( Mitra ), langit (Dyaus) dan api ( Agni ). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.
Menyembah Dewa – dewi.

Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya setiap kota mempunyai dewa penaung ( patron deity ). Orang- orang Sumeria menyembah dewa ini yang dipercayaai dapat melindungi kota – kota mereka.
Bagi orang – orang Mesir, mereka mempercayaai seluruh alam dikuasai oleh dewa – dewai yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan. Mereka memuja banyak semangat roh binatang seperti kucing dan tanaman.
Upacara Pemujaan dan pengorbanan.

Masyarakat tamadun awal sering menjalankan upacara agama seperi pemujaan dan pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka. Bagi orang Sumeria upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil – kuil berbentu menara yang dipanggil Ziggurat.
Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan terutamanya binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang suci.
Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan – tuhan mereka.
Menyembah banyak Objek dan Unsur Alam semester :

Bagi masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur alam semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang dan sebagainya. Mereka percaya tuhan yang paling berkuasa adalah tuhan T’ien iaitu tuhan langit.
Mereka percaya tuhan – tuhan ini boleh menguasai kehidupan manusia dan boleh menyebabkan malapetaka seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit.
Bagi mengelakkan malapetaka belaku orang Shang menjalankan upacara pengorbanan supaya tuhan – tuhan mereka tidak marah.
Kepercayaan kehidupan selepas mati.

Bagi orang – orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.
Sebaliknya orang – orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan selepas mati. Justeru itu dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh – roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama – sama mumia.
Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam raja – raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani bersama – sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.
Memuja Roh Nenek Moyang :

Orang – orang Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mereka percaya roh – roh ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas keghidupan mereka.
Mereka percaya dengan penggunaan tulang – tulang nujum ( oracle bones ) untuk membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan roh nenek moyang mereka.
Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s