Huraikan ciri-ciri agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat pada zaman tamadun awal manusia

Posted: June 5, 2011 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 1

Pengenalan :

Konsep ketuhanan dan keagamaan tamadun awal manusia, mereka mempercayaai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.
Agama merujuk kepada segala kepercayaan kepada tuhan, dewa atau roh nenek moyang serta kebangkitan dan tuntutan-tuntutan yang berkaitan kepadanya.
Kewujudan pelbagai sistem kepercayaan dalam peradaban manusia ialah hasil daripada hubungan antara manausia dengan alam sekeliling. Mereka percaya alam sekeliling memudaratkan kehidupan manusia, maka manusia berdamai dengan alam sekeliling dengan melakukan upacara pemujaan dan pengorbanan.
Isi :

Menyembah banyak Tuhan :

Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah bersifat politeisme iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa-dewi. Misalnya orang Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa-dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.
Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa-dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari (Mitra), langit (Dyaus) dan api (Agni). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.
Menyembah Dewa -dewi :

Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya setiap kota mempunyai dewa penaung (patron deity). Orang-orang Sumeria menyembah dewa ini yang dipercayaai dapat melindungi kota-kota mereka.
Bagi orang-orang Mesir, mereka mempercayaai seluruh alam dikuasai oleh dewa-dewai yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan. Mereka memuja banyak semangat roh binatang seperti kucing dan tanaman.
Upacara Pemujaan dan Pengorbanan :

Masyarakat tamadun awal sering menjalankan upacara agama seperi pemujaan dan pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka. Bagi orang Sumeria upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil – kuil berbentu menara yang dipanggil Ziggurat.
Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan terutamanya binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang suci.
Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan-tuhan mereka.
Menyembah Banyak Objek dan Unsur Alam Semesta :

Bagi masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur alam semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang dan sebagainya. Mereka percaya tuhan yang paling berkuasa adalah tuhan T’ien iaitu tuhan langit.
Mereka percaya tuhan-tuhan ini boleh menguasai kehidupan manusia dan boleh menyebabkan malapetaka seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit.
Bagi mengelakkan malapetaka belaku orang Shang menjalankan upacara pengorbanan supaya tuhan-tuhan mereka tidak marah.
Kepercayaan Kehidupan Selepas Mati :

Bagi orang-orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.
Sebaliknya orang-orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan selepas mati. Justeru itu dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh-roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama-sama mumia.
Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam raja-raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani bersama-sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.
Memuja Roh Nenek Moyang :

Orang-orang Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mereka percaya roh – roh ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas keghidupan mereka.
Mereka percaya dengan penggunaan tulang – tulang nujum ( oracle bones ) untuk membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan roh nenek moyang mereka.
Kesimpulan :

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s