Huraikan masalah-masalah yang muncul pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.

Posted: August 26, 2011 in Sejarah STPM, Tamadun Islam: Tema 2

Pengenalan

  • Uthman bin Affan bin Abi al- As  berasal dari keturunan Bani Umayyah iaitu salah satu cabang keturunan Quraisy. Uthman dilahirkan pada tahun ke-6 dalam Tahun Gajah iaitu selepas lima tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W . Beliau ialah salah seorang terawal memeluk Islam dan di gelar ‘ Dhu al- Nurain(orang yang mempunyai dua cahaya) kerana berkahwin dgn dua puteri Rasulullah iaitu Rugayah dan Ummi Khalthum.
  • Terpilih sebagai khalifah yang ketiga dan dibaiah , pada bulan Zulhijjah pada tahun 2311 dan ditabal menjadi khalifah pada bulan Muharam 24H. Khalifah Uthman memerintah selama 12 tahun . Dalam tempoh enam tahun pertama disifatkan zaman keamanan dan  kestabilan tetapi enam tahun berikutnya dikenali sebagai zaman kekacauan.
  • Sewaktu dilantik menjadi khalifah , beliau bersetuju meneruskan dasar pemerintahan Abu Bakar dan Umar tetapi perubahan masyarakat begitu cepat menyebabkan beliau menjadi sasaran tuduhan liar oleh musuh- musuh Islam terhadap Khalifah Uthman yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Khalifah Uthman.

Isi

Masalah-masalah yang timbul :.

1)     Pemberontakan penduduk Kota Kufah 

–       Mereka tak puas hati dengan Gabnor Kufah iaitu Al Walid bin Uqbah yang dikatakan menyokong kumpulan pembunuh Ibn Al-Haisuman Al-Khuzai walaupun Gabnor telah menghukum semua pembunuh tersebut. Tambah merumitkan keadaan bapa kepada pembunuh yang dihukum oleh Gabnor bertindak membalas dendam kepada Gabnor menyebabkan Kufah kacau bilau.

2)    Tuduhan khalifah menyalahgunakan wang negara/baitul mal 

–       Khalifah dituduh menggunakan wang baitul Mal untuk kegunaan peribadi. Beliau juga dituduh menggunakan hak 1/5 harta rampasan peranguntuk perbelanjaan pegawainya termasuklah Abdullah bin Saad bin Abi Sarah. Beliau dikatakan menerima sebanyak 100,00 dirham daripada khalifah.Tuduhan ini menimbulkan perasaan benci rakyat kepada khalifah.

3)    Khalifah difitnah memusnahkan Al Quran

 

–       Khalifah difitnah bersubahat memusnahkan beberapa salinan al-quran. Sebenarnya khalifah bertindak memusnahkan salinan dalam loghat berbeza-beza dan menggantikan salinan itu dalam satu loghat sahaja iaitu loghat Quraisy agar tidak mengelirukan. Tindakan itu disalah tafsirkan oleh rakyat dan musuh islam ambil kesempatan menghasut rakyat dengan alasan khalifah musnahkan alQuran

4)    Khalifah di katakan nepotisme dan Kronisme

 

–       Khalifah dikatakan mengamalkan sikap pilih kasih dalam pentadbirannya. Kebanyakan pegawai dan pentadbir yang dilantik adalah dari kalangan saudaranya ataupun rakan karibnya. Pegawai dan pentadbir yang dilantik ini pula sesetengahnya menggunakan nama khalifah untuk melakukan sesuatu tindakan yang memberi masalah kepada rakyat walaupun hakikatnya khalifah tidak tahu menahu perkara tersebut.

–       Sebenarnya khalifah tidaklah seperti yang digambarkan cuma beberapa pegawai yang dilantik sebenarnya memang layak dan berkebolehan tetapi kebetulan pegawai tersebut saudara atau rakan kahalifah.

5)    Pemberian tanah secara tidak adil

  • Khalifah juga dikatakan membahagikan tanah dan ladang kepada sahabat,saudara dan ketua-ketua kabilah. Tanah yang dinamakan ‘Sawafi’ iaitu tanah tidak bertuan itu sebenarnya deberikan kepada sahabat dan ketua kabilah bukan secara percuma tetapi sebagai pertukaran dengan tanah yang mereka miliki di Semenanjung Tanah Arab.Contohnay Talhah bin Ubaidillah bekas prajurit Iraq telah menukarkan tanahnya di Khaibar dengan tanah Sawafi di kawasan Nashstaj di Iraq.
  • sebenarnya golongan pemberontak Ahli Al-Ayyam bersifat tamak dan rakus memyebabkan mereka menuduh khalifah sedemikian rupa seterusnya membunuh khalifah Uthman walaupun khalifah memang terbukti adil dan bijak

Kesimpulan

Jelaslah kepada kita bahawa masalah-masalah yang timbul adalah tertumpu kepada sikap dan tindakan khalifah yang secara kebetulannya telah berumur(90 tahun) dan berketurunan Bani Umaiyyah. Setiap tindakan yang dilakukan telah disalah anggap dan digunakan untuk menyerang Khalifah oleh musuh-musuh beliau

Q&A 2

 

“ Khalifah Uthman bin Affan aadalah seorang khalifah yang lemah dan tidak berwibawa . Berdasarkan pernyataan tersebut , bincangkan tuduhan dan alas an untuk menyangkal tuduhan tersebut.

 

Pendahuluan.

 

  • Uthman bin Affan bin Abi al- As  berasal dari keturunan Bani Umayyah iaitu salah satu cabang keturunan Quraisy. Uthman dilahirkan pada tahun ke-6 dalam Tahun Gajah iaitu selepas lima tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W . Beliau ialah salah seorang terawal memeluk Islam dan di gelar ‘ Dhu al- Nurain(orang yang mempunyai dua cahaya) kerana berkahwin dgn dua puteri Rasulullah iaitu Rugayah dan Ummi Khalthum.
  • Terpilih sebagai khalifah yang ketiga dan dibaiah , pada bulan Zulhijjah pada tahun 2311 dan ditabal menjadi khalifah pada bulan Muharam 24H. Khalifah Uthman memerintah selama 12 tahun . Dalam tempoh enam tahun pertama disifatkan zaman keamanan dan  kestabilan tetapi enam tahun berikutnya dikenali sebagai zaman kekacauan.
  • Sewaktu dilantik menjadi khalifah , beliau bersetuju meneruskan dasar pemerintahan Abu Bakar dan Umar tetapi perubahan masyarakat begitu cepat menyebabkan beliau menjadi sasaran tuduhan liar oleh musuh- musuh Islam terhadap Khalifah Uthman yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Khalifah Uthman.

Isi 

A.    Tuduhan – tuduhan

 

1.     Mengamalkan dasar nepotisme . Khalifah Uthman dituduh bersikap nepotisme atau memihak kepada kaum keluarganya dalam perlantikan jawatan – jawatan seperti Gabenor Mesir yang di pegang oleh Amru bin al – As telah digantikan dengan Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah , saudara angkat khalifah Uthman din Affan. Beliau juga dituduh sebagai gabenor yang tidak adil kerana  memberi keistimewaan kepada pihak tentera, khususnya tentera ynag baru berkhidmat di Mesir. Beliau juga dituduh bersikap zalim kerana memaksa penduduk Mesir untuk membayar cukai yang lebih dan tidak memebahagikan harta rampasan perang seperti yang dilakukan oleh khalifah- kahalifah yang terdahulu, ada juga yang mengungkit sejarah lampau beliau sebagai salah seorang bekas murtad .

2.     Hidup boros dan menggunakan harta Baitul Mal . Khalifah Uthman juga dituduh sebagai khalifah yang boros kerana telah membelanjakan wang yang banyak yang dikatakan diambil dari Baitul Mal. Beliau juga dituduh membelanjakan wang itu untuk diberikan kepada kaum keluarganya. Sebagai contoh beliau memberi kuasa kepada Gabenor Mesir , Abdullah bin sa’d bin Abi Sarah , menggunakan 1/5 daripada harta rampasan perang di Tripoli . Kesannya , penduduk Mesir marah dan memberontak.

3.     Membenarkan sahabat memiliki harta di Iraq . Utnman di tuduh memberi tanah dan ladang kepada para sahabat dan ketua – ketua kabilah. Tanah tersebut dikenali sebgai tanah Sawafi iaitu tanah yang tiada bertuan yang dahulunya diuruskan oleh golongan Ahl al- Ayyam. Beliau juga dituduh membenarkan para sahabat nabi berhijrah keluar daripada Hijjaz.

4.     Memihak kepada Quraisy dan bekas murtad. Khalifah Uthman bertindak memihak kepada kaum Quraisy akibat tindakan gabenor di Kufah , Sa’id bin al – As mengisytiharkan tanah di Iraq kepunyaan kaum Quraisy.

5.     Membakar naskah al – Quran . Khalifah Uthman juga di tuduh mencemar kesucian al – Quran kerana bertindak membakar naskah al – Quran.

B.    Alasan

1.     Tuduhan terhadap Gabenor Mesir iaitu Abdullah bin Abi Sarah tidakl sepatutnay diterima begitu sahaja tanpa mengkaji secara mendalam situasi yang dihadapi oleh beliau ketika itu . semasa beliau dilantik menjadi gabenor , Mesir menghadapi ancaman tentera laut Byzantine. Untuk menyekat serangan tersebut beliau terpaksa memperkuatkan angkatan tentera laut . Angkatan tentera laut baru dibina pada zaman pemerintahan Uthman . Pembinaan angkatan tentera laut memerlukan perbelanjaan yang besar. Tindakan beliau tidak mengagihkan harta rampasan perang juga mempunyai tujuan yang sama. Tambahan pula kedudukan ekonomi lembab berbanding masa pemerintahan Umar al – Khattab. Khalifah Uthman juga terpaksa  mengenakan kadar cukai yang tinggi dikalangan rakyatnya untuk menambah pendapatan negara sekaligus dapat  membangun angkatan tentera laut yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membeli kelengkapan peralatan perang.

2.     Kedudukan Abdullah bin Sa’d bin Abi Sarah sebagai bekasa murtad tidak perlu diungkitkan lagi kerana beliau sudah lama bertaubat. Nabi sendiri telah memaafkannya. Pada zaman Abu Bakar kejujuran dan keikhlasan mereka masih diragui tetapi ianya telah hilang pada zaman Umar. Khalifah Uthman melantik ramai dikalangan pegawainya terdiri daripada bekas murtad kerana kebolehan mereka. Misalnya , Asy’ath bin Qais al – Kindi salah seorang ketua kaum murtad yang terdiri daripada suku kaum Kindah , telah dilantik menjadi tentera dan Gabenor Adharbaijan.

3.     Perlantikan pegawai dan gabenor yang dibuat oleh Khalifah Uthman di kalangan keluarganya berdasarkan kebolehan dan kepimpinan mereka . Selain Abdullah , Al – Walid bin Uqbah bin Sa’id bin al – As , Gabenor Kufah , Abdullah Bin Amir , Gabenor Basrah dan Marwan Bin Al – Hakam , setiausaha negara ; mereka ini adalah sepupu Uthman. Khalifah Uthman melantik keluarganya menjadi pegawai kerajaan dan ada juga kewajaran kerana mereka boleh dipercayai. Pada zaman pemerintahan Khulafah al- Rasyidin , kerajaan pusat tidak mengamalkan dasar pemusatan kuasa seperti zaman Bani Umayyah. Banyak perkara pentadbiran diperingkat wilayah diselesaikan oleh gabenor di wilayah tersebut tanpa merujuk kepada khalifah . Tambahan pula usia khalifah Uthman telah lanjut tentulah memerlukan gabenor yang boleh di percayai untuk mengelakkan banyak masalah yang timbul. Sekiranya mereka gagal menunjukkan contoh yang baik atau ciri – ciri kepimpinan yang berkualiti mereka akan dipecat seperti yg berlaku ke atas al – Walid. Seandainya Uthman bersifat taksub kpd kaum keluarganya tentulah beliau menghalang pemecatan al – Walid kerana beliau mempunyai kuasa utk tujuan tersebut.

4.     Tuduhan Uthman seorang yang boros dan menggunakan harta Baitul Mal adalah palsu kerana beliau terkenal sebagai hartawan dan dermawan. Semenjak zaman Jahilliyah lagi. Pada zaman Rasulullah beliau telah menderma sebanyak 100 unta dan 1000 dinar. Oleh itu, tidak hairan beliau banyak memberi hartanya kepada keluarganya. Beliau juga tidak perlu menganbil wang daripada Baitul Mal kerana beliau seorang yang kaya. Perlantikan beliau sebagai khalifah menyebabkan aktiviti perniagaannya terhenti supaya beliau dapat menumpukan sepenuh oerhatian terhadap tugasnya sebagai seorang khalifah. Oleh kerana beliau  tidak mempunyai masa untuk mengurus hartanya beliau telah memberikan harta tersebut kepada kaum keluarganya. Mengenai 1/5 harta rampasan perang yang diberi kepada Abdullah iaitu Gabenor Mesir bukan untuk tujuan peribadi tetapi untuk menampung perbelanjaan tentera laut dan membayar gaji pegawai kerajaan. Tambahan pula, Khalifah mempunyai hak untuk mendapatkan 1/5 daripada harta rampasan perang seperti yang terdapat dalam al – Quran surah al- Anfal bagi kegunaan awam.

5.     Pada zaman Khalifah Umar bin Al- Khatab tanah – tanah Sawafi di takbir oleh golongan Ahl al – Ayyam iaitu masyarakat islam yamg menyertai ekspidisi ketenteraan di Iraq. Mereka terdiri daripada kaum Muhajirin, Ansar dan bekas murtad. Pada zaman Uthman sahabat – sahabat Rasulullah di beri peluang mendapatkan saham mereka melalui penyertaan mereka dalam ekspidisi tersebut iaitu melalui skim pertukaran tanah yang disediakan oleh khalifah. Melalui skim ini sahabat yang memiliki tanah dibenarkan menukar tanah mereka dengan tanah yang terdapat di Iraq. Misalnya, Talhah Bin Ubaidailah merupakan bekas tentera Iraq telah menukarkan tanahnya di Khaibar dengan tanah Sawafi di Nashstaj di Iraq. Meraka yang terlibat dalam skim ini bukan sahaja terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar tetapi juga bukas murtad seperti Asy ̀ ath bin Qais. Tambahan pula para sahabat mendapat tanah bukan secara percuma tetapi melalui skim pertukaran tanah. Tindakan Sa ̀ id mengisytiharkan tanah Iraq menjadi kepunyaan kaum Quraisy kerana mengenang jasa dan kedudukan kaum Quraisy yang sentiasa dipandang tinggi oleh oleh masyarakat pada masa itu. Dengan mengendalikan tanah-tanah di Iraq meraka dipandang dan dihormati. Sebelum ini hampir semua pemimpin yang dilantik sama ada dalam tentera atau pegawai kerajaan terdiri daripada kaum Quraisy.

6.     Untuk mewujudkan sebuah al-Quran yang standard dan seragam, Uthman telah melantik sebuah jawatankuasa bagi mengkaji naskah al-Quran yang ditulis dan disebarkan. Hasil kajian didapati al-Quran ditulis dalam pelbagai loghat tempatan dan tersebar di wilayah-wilayah Islam. Keadaan ini menyulitkan masyarakat Islam. Uhtman memutuskan hanya perlu wujud satu bentuk al-Quran sahaja iaitu mengikut loghat Quraisy yang dikenali sebagai Masyaf Uhtmani. Lain-lain al-Quran dibakar unruk menjaga kesucian Islam.

Kesimpulan

 

  • Jika dilihat keseluruhan tuduhan-tuduhan yang dibuat keatas khalifah Uthman kebanyakannya bertumpu kepada sikap dan tindakannya secara kebetulan beketurunan Bani Umayyah. Setiap tindakan dianggap salah oleh musuh-musuh Bani Umayyah.
  • Tuduhan yang serupa juga berlaku terhadap muawiyah dan pemimpin-pemimpin Bani Umayyah. Keadaan ini berbeza pada zaman Rasulullah dan Abu Bakar kerana mereka memandang tinggi dengan menghormati kedudukan dan kebolehan kaum keluarga Bani Umayyah terutama dalam bidang pertabiran. Terbukti ramai di kalangan mereka dilantik memegang jawatan penting negara pada kedua-dua zaman tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s