ASOKA ADALAH PEMIMPIN UNGGUL DALAM SEJARAH INDIA AWAL. ADAKAH ANDA BERSETUJU DENGAN KENYATAAN TERSEBUT

Posted: April 21, 2012 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 2

Asoka sememangnya merupakan seorang pemimpin yang unggul dalam sejarah India awal. Pemimpin unggul bermaksud seorang ketua yang terbaik dan telah memberikan sumbangan-sumbangan yang kekal kepada negera yang diperintahnya. Asoka merupakan putera kepada Bindusara iaitu pemerintah empayar maurya yang kedua. Asoka bermaksud ‘tanpa pemerintahan’. Asoka dilantik menjadi maharaja pada tahun 269sm (atau sesetengah buku: 273 s.m) setelah membunuh saudaranya. Beliau berkuasa selama lebih kurang 40 tahun (273-233) sm. Beliau semamang nya merupakan pemimpin yang unggul apabila telah berjaya memberikan sumbangan yang amat penting kepada India iaitu dari segi politik, sosial , keagamaan, senibina, ekonomi serta ketenteraan.

Politik dan pentadbiran

Asoka telah mengambil langkah dengan mneyusun sistem pentadbiran agar lebih sistematik. Sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Asoka ialah cara berkuasa mutlak. Ini dapat dilihat pada ucapan beliau dimana beliau telah mengadakan perbincangan dengan menteri-menterinya yang memegang tugas masing-masing. Ketua sami (purohita) berfungsi sebagai perdana menteri, bendahari sebagai penyimpan akaun pendapatan negara dan mengutip cukai bersama dengan kerani-kerani yang menyimpan rekod-rekod cukai yang akan datang dari bahagian empayar. Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan iaitu dibahagikan kepada beberapa bahagian utama seperti raja, majlis penasihat dan terdapat 18 jabatan untuk mengendalikan tugas-tugas penting. Raja memainkan peranan sebagai ketua negara, ketua hakim, penggubal perjanjian politik, undang-undang awam dan kerajaan serta polisi-polisi kerajaan.

Asoka juga telah membahagikan wilayah empayar Maurya kepada empat bahagian atau wilayah. Setiap wilayah diletakkan di bawah seorang ahli kelarga diraja dan diberi kedudukan sebagai wizurai. Gabenor-gabenor yang dipilih oleh raja diberi tugas mentadbir kawasan atau bahagian-bahagian kecil. Pegawai-pegawai kehakiman dilantik dikawasan-kawasan luar bandar sebagai hakim dan pentadbir cukai. Wilayah-wilayah ini dibahagikan pula kepada kumpulan (kampung) dan unit pentadbira asas ialah kampung. Kumpulan kampung akan dikendalikan oleh seorang akauntan dan pengutip cukai. Dalam hal pentadbiraan bandar juga terdapat heirarki pagawai-pegawai yang diketui oleh superintendent (penguasa) bandar di dibantu oleh 30 superintendent dan pegawai.

Semasa pemerintahan, asokajuga telah melantik pegawai-pegawai baru yang dikenali sebagai ‘dharma mahmatra’ untuk meniliti dan mnegkaji hubungan yang harmonis wujud antara manusia denga manusia yang lain. Di samping itu untukmemastikan pegawai-pegawai menjalankan polisi-polisi yang dibenarkan. Pegawai-pegawai baru ini juga memainkan peranan penting sebagai pengatur etrtinggi amal kebajikan dan urusan agama. Menurut majumdar, merak dipilih dari kalangan penganut-penganut agama buddha, brahmin, ajivka dan nirgranthas.

Bersesuaian dengan konsep dharma asoka telah menghapuskan perkhidmatan rahsia yang dipekenalakan semasa pemerintahan chandragupta. Asoka telah menggantikan perkhidmatan tersebut dengan satu badan undang-undang luar negeri yang memainkan peranan melapurkan perkembangan agama di dalam empayarnya. Selain itu asoka juga telah menghantar pegawai-pegawainya bagi emnjalankan penyelidikan setiap 5 tahun di setiap wilayah.

Asoka turut mengamalkan dasar luar negeri yang beasaskan hubungan diplomatik dengan negara jiran. Beliau menolak amalan charavatin dan peperangan menyelesaikan masalah. Beliau mengutuskan wakil ke Cyrene, Mesir dan Macedonia. Antara pertukaran duta yang pernah dibuat seperti Antioshus dari Syria, Mogas dari Cyrene dan lain-lain lagi. Tujuannya adalah untuk memperkenalkandan empayar maurya kepada negara lain. Asoka berpendapat dengan mengamalkan kerajaan yang bebas tanpa sikap permusuhan kerajaannya akan dihormati dan dapat mempengaruhi kerajaan lain. Polisina berjaya menghasilkan pemimpin yang bermoral dan dapat menambahkan kecekapan pegawai dalam pentadbiran.

Sosial

Asoka amat memengtingkan kehidupan sosial masyarakatnya. Oleh itu beliau telah mengubah corak pemerintahan empayar maurya sebelumnya yang kurang sesuai. Beliau telah menyerapka ajaran-ajaran buddha dalam pentadbiran. Asoka menyatakan rakyatnya perlu mengikut ata menganut ajaran buddha untuk kedamaian. Perintah-perintah in telah diukir di tiang-tuang batu yang dikenali sebgaai’ asoka adicts’.

Asoka juga telah menyediakan banyak kemudahan bagi kepentingan rakyatnya. Beliau telah membina banyak kemudahan infrastruktur seperti mendirikan tempat berteduh, rmah-rumah tumpangan dan menanam pokok di sepanjang jalan. Selain itu, beliau turut menyediakan air minuman di setiap bangunan untuk manusia dan binatang, menggali perigi-perigi di epanjang jalan dan sebagainya, tujuannya ialah untuk kemudahan pengembara dan pejalan kaki dan seterusnya ia akan menarik minat rakya untuk terus hidup di bawah pemerintahannya.

Di samping itu, Asoka turut meningkatkan taraf pendidikan rakyat. Beliau memberi kemudahan kepada rakyat emndapat pendidikan melalui pelajran terbuka. Melalui sistem ini semua lapisan masyarakat boleh mendapat pendidikan. Sebelum itu pelajaran hanya disampaikan dalam bahasa sanskrit di mana golongan brahmin sahaja boleh mengikutinya. Pelajaran-pelajaran terbuka diajar kepada orang ramai dan tokong-tokong dan ini embolehkan pelajaran tidak lagi dikuasai oleh golongan brahmin. Beliau turut menggalakkkan penggunaan bahasabahasa tempatan seperti bahasa prakrit, bahasa pali dan lian-lain lagi. Bahasa-bahas ini lebih rapat dengan bahasa daerah.

Agama

Asoka ada mulanya merupakan seorang pemerinah yang kejam. Sehingga dikatakan telah membunuh 99 saudaranya dalam usaha perjuangannya meluaskan jajahan takluknya. Walau bagaimanapun, keadaan ini menjadi titik permulaan kehidupan Asoka. Kesedihan yang disebabkan oleh penderitan dan keadaan melarat diseabkan peperangan menyebabkan beliau meninggalkan adat tradisi dan mula beralih kepada ajaran Buddha. Asoka mengabiskan masa dengan berdasarkan falsafah pemerintahan dalam memperbaiki amalan moral dan mempropagandakan doktrin yang diikutinya.

Unsur utama dalam pemerintahan asoka ialah konsep dharma. Menurut minor ediot iii, perkataan dharma terdapat dalam doktrin Buddha. Walau bagaimanapun, dinayatakan bahawa unsur-unsur moral yang dikhutbahkan oleh Asoka adalah mengikut apa yang dia percaya sebagai pengajar buddha. Kepercayaan buddhisme menganggap Asoka telah membina asoaramu di Pataliputra dan didapati tidak kurang daripada 84 ribu penganut buddha mengunjungi empayar ini.

Asoka juga dirujuk sebagai ‘tuhan’. Malah terdapat doktrin Buddhisme’ yang menyetakan sebagai kepercayaan yang benar. Asoka pernah menjadi upasaka untuk lebih daripada dua setengah tahun dan rapat dalam hbungan denga sangha iaitu pendita buddhaisme lebih daripada satu tahun. Asoka turut percaya dan memuliakan trinity Buddhist iaitu Buddha, dharma dan sangha. Namun begitu beliau turut menggunakan teks agama yang dipilihnya.

Asoka pernah menziarahi tempat-tempat suci agama Buddha seperti sambodhi, bodhgaya di mana Buddha mencapai bodi dan juga kawasan lumbinirama.

Asoka merupakan penaung doktrin Buddha dan bertanggungjawab dalam membangkitkan Buddhisme dari status yang biasa di India kepada agama yang di beri taraf di seluruh dunia. Walau bagamanapun, dharma yang Asoka gunakan dalam pemerintahan adalah tidak semuanya dari agama Buddha yang terawal sekali.

Asoka percaya bahawa syurga atau svarga dan kegembiraan di dunia yang akan datang sebagai kemuncak kehidupan. Menurut beliau untuk mendapatkan syurga dan kegembiraan adalah mustahil dengan mempraktik dan memperkenalkan kepada orang ramai tentang dharma. Antara sifat baik yang ditekankan oleh asoka kepada ialah menghormati ibubapa, berhemah tinggi, liberal terhadap kawan, menghormati orang yang lebih tua dan banyak lagi. Di samping itu beliau juga turut melarang menganiayai atau membunuh binatang, kesemua perintah ini tedapat dalam pahatan di batu atau ‘rock edicts’ .

Walaupun Asoka seorang penganut buddha namun beliau tidak pernah melarang penganut-penganut agama lain meninggalkan agama mereka. Ini menunukkan beliau adalah bersikap liberal terhadap agama lain. Malah dinayatkan pada rock edicts xii’ bahawa beliau menyeru agar semua masyarakat dari pelbagai agama dan komuniti agar saling menghormati antara satu sama lain.

Seni bina

Pada masa pemerintahan Asoka , seni bina India telah berkembang pesat dan ia banyak dipengaruhi oleh agama Buddha. Tukang-tukang yang mahir banyak membuat patung dan ukiran pada pintu gerbang gua. Kuil-kuil di bina dikawasan gua dan di dalam gua ini banyak terdapat ukiran yang menggambarakan kehidupan guatama buddha. Pada zaman ini juga terdapat beberapa ribu stupa telah didirikan. Stupa ini dibina daripada batu dan berbentuk kubah. Ia bukan merupakan tempat suci atau kuil Buddha tetapi ia adalah untuk menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha.

Pada zaman Asoka juga, bangunan-bangunan di bina menggunakan batu yang bermutu tinggi dan tidak lagi menggunakan papan atau kayu seperti zaman sebelumnya. Kemahiran kerja dan struktur bangunan sangat berkualiti. Ini kerana ia menerima pengaruh Parsi dan Hellenic. Keadaan ini menyebabkan tenaga buruh di ambil dari barat-utara khususnya Bactria. Justeru itu, ekonomi empayar Maurya di bawah Asoka telah mencapai tahap yang boleh dikatakan agak maju.

Ekonomi 

Dari segi ekonomi, kerajaan tidak mempunyai hak mutlak. Perubahan ini amat berlawanan sekali dengan pemerintahan sebelumnya iaitu menetapkan hak ekonomi adalah hak kerajaan semua tanah adalah milik raja. Tetapi pada zaman pemerintahan Asoka petani dibenarkan memiliki tanah sendiri. Saiz tanah adalah mengikut kemampuan petani. Kerajaan juga menyediakan kemuahan pengairan untuk memajukan lagi bidang pertanian. Ini kerana sumber ekonomi utama ialah berasaskan pertanian. Sisampng itu cuka-cukai yang sesuai iaitu 1/8 hingga 1/6 dikenakan kepada petani berbanding dengan pendapatan negara yang tinggi. Antara cukai yang diperkenalkan ialaha bhaga iaitu cukai pendapatan hasil pertanian, bali iaitu cukai yang dikenakan untuk membayar gaji pegawai, cuka-cukai lain termasuklah cukai kelahiran, kematian den perdagangan. Pendapatan dari cukai digunakan untuk urusan pembangunan negara, pentadbiran dan untuk membina infrastuktur.

Pada tahun 243 sm Asoka mengumumkan tidak membenarkan penjualan dan penangkapan hasil ikan selama 56 hari dalam satu tahun. Lembu dan binatang yang mengeluarkan susu tidak boleh di bunuh dan akan lembu yang tidak cukup umur tidak boleh disembelih.

Dari segi perdagangan pula, Asoka menggalakkan perdagangan antara wilayah-wilayah bagi memperkembnagkan ekonomi negara. Ini menyebabkan ramai pedagang dari luar India datang berdagang di India. Antaranya dari Ceylon, kepulauan Asia dan sebagainya. Kegiatan perdagangan ini secara tidak langsung turut membantu penyebaran agama Buddha.

Ketenteraan

Selepas menganut agama Buddha, Asoka tidak lagi agresif dalam bidang ketenteraan. Asoka lebih suka bersikap toleransi dan berperikemanusiaan. Tetapi ini tidak bermakna beliau mengabaikan terus bidang ketenteraan. Asoka telah menenempatkan askarnya d beberapa kawasan penting dan tempat-tempat strategik. Penempatan tentera adalah bertjuan mengawal wilayah dari serangan luar. Conthnya, pasukan tentera yang kuat di tempatkan di Punjab kerana kawasan itu berhampiran dengan pusat pentdbiran dan sentiasa terdedah kepada ancaman luar. Penempatan tentera di kawasan penting menjelaskan sikap Asoka yang ingin mengelak ancaman terhadap wilayahnya.

Kesimpulannya, kejayaan-kejayaan yang telah dicapai membuktikan bahawa Asoka memang merupakan pemimpin unggul kerana berjaya mengubah atau telah berjaya memperkenalkan beberapa pembaharuan di dalam empayar Maurya. Beliau telah meninggal dunia pada 232 sm. Empayar Maurya telah berpecah selepas kematiannya dan akhirnya jatuh pada tahun 185 sm. Kelemahan dan ketidakcekapan pemerintah-pemerintah selepasnya merupakan salah satu sebab kejatuhan empayar Maurya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s