BADAN KEHAKIMAN MALAYSIA – ISTILAH KEHAKIMAN

Posted: April 21, 2012 in Kenegaraan, Pengajian Am Kertas 1

Afidavit – Pernyataan bertulis atas nama seseorang membuat pengakuan dalam kes sivil / kes jenayah.

Alibi – Bukti yang menunjukkan pada masa kesalahan yang dipertuduhkan, tertuduh berada di tempat lain.

Appointee – Orang yang dilantik akan diberi faedah apabila kuasa pelantikan dikuatkuasakan.

Assumpsit – Tindakan Common Law diambil atas seseorang yang melanggar janji/menipu.

Autre conuict – Alasan menghalang pandakwaan jenayah apabila banduan itu mendakwa bahawa dia telah dibicarakan dan disabitkan untuk kesalahan yang sama masa itu.

Bail – Jaminan iaitu tertuduh diikat jamin dan dikehendaki hadir ke mahkamah pada waktu yang ditetapkan, sekiranya tertuduh gagal hadir, maka wang cagaran penjamin dirampas.

Bailiff – Orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menyampaikan writ/ saman kepada seseorang.

Bona fide – Dengan baik hati dan jujur tanpa fraud atau penyertaan dalam perbuatan yang salah.

By-law/bye-law – Undang-undang kecil dibuat oleh pihak berkuasa untuk penyelarasan.

Certiorari – Permohonan terhadap Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rendah

Common Law – Sebahagian undang-undang England yang dirangka dan ditadbir oleh mahkamah lama Common Law berasaskan amalan masyarakat Negara itu dan dalam bentuk lisan.

Consensus ad idem – Persetujuan atas perkara yang sama dalam membentukkan kontrak.

Coroner – Seorang yang ditugaskan menyiasat keadaan kematian seseorang yang mati dibunuh atau mati dalam keadaan mencurigakan.

Cy-pres – Doktrin memboleh mahkamah mengarah pelaksanaan niat seseorang pewasiat menerusi cara yang hampir dihajati apabila didapati pewasiat telah membuat sesuatu niat yang umum.

Deed – Surat perjanjian bertujuan membuktikan persetujuan dibuat oleh pihak-pihak terbabit.

De facto – Dari segi persoalan fakta

Defendan – Tertuduh dalam kes perbicaraan.

Ekstrinsik – Keterangan lain yang diberi berkaitan dengan sesuatu dokumen bertulis.

Ex parte – Permohonan oleh plaintif (penuntut) untuk mendengar kes tanpa kehadiran defendan (tertudh)

Fustus officio – Kesalahan yang sama tidak boleh diulang bicara di mahkamah yang sama selepas keputusan telah dibuat oleh mahkamah berkenaan.

Habeas Corpus – Writ diperoleh daripada mahkamah yang mengarah seseorang yang berada dalam tahanan pihak berkuasa dihadapkan ke mahkamah untuk mendengar dan membela dirinya.

Injuksi – Perintah mahkamah supaya defendan melakukan /tidak melakukan sesuatu perkara.

Levi – Pengutipan dan pengumpulan wang secara paksa menerusi cukai.

Mandamus – Writ dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi mengarah seseorang/ sesebuah badan menjalankan kewajipan untuk orang awam.

Mandatory – Hukuman yang patut dilaksanakan. Biasanya melibatkan kesalahan yang berat.

Mortage – Gadai janji

Penalty – Dendaan / pembayaran wang dibuat kerana mungkir janji atau sesuatu yang bertentangan dengan syarat dalam kontrak.

Petition – Rayuan bertulis kepada kerajaan atau mahkamah.

Plaintif – Seseorang yang mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh.

Prima facie – Keterangan yang berhubung dengan fakta yang diterima mahkamah sebagai bukti kesalahan tertuduh.

Status quo – Berada pada kedudukan asal

Quarantine – Pengasingan seseorang di tempat khas akibat wabak penyakit berjangkit.

Saman – Dokumen dengan nama tertuduh dikehendaki menghadirkan diri di Mahkamah pada masa yang ditetapkan.

Sheriff – Melaksanakan arahan-arahan hakim dalam perbicaraan.

Sapina – Arahan terhadap seseorang untuk hadir ke mahkamah kerana berkaitan dengan perbicaraan.

Ultra vires – Perbuatan yang melampaui batas undang-undang

Void – Terbatal kerana sah

Waran – Perintah diberi kepada pihak berkuasa untuk menahan seseorang/ menghadapkannya ke mahkamah

Writ – Dokumen dikeluarkan atas nama YDA disertakan dengan cop mohor kerajaan / mahkamah memerintah seseorang melakukan sesuatu / menghalangnya daripada melakukan sesuatu. Contohnya, writ dikeluarkan memerintahkan defendan hadir dari kes sivil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s