Campur Tangan Perancis Di Vietnam – Peperangan Dan Perjanjian

Posted: April 22, 2012 in Sejarah Asia Tenggara, Sejarah STPM

1.Perancis menjadikan isu agama sebagai alasan untuk menguasai Vietnam. Maharaja Gia Long telah menjalin hubungan yang baik dengan Perancis. Baginda telah menerima kemasukan agama Kristian di Vietnam. Dikatakan pada tahun 1800, lebih 300 000 penduduk Vietnam menganut agama Kristian.

2.Kemangkatan Maharaja Gia Long pada tahun 1820 menjejaskan hubungan Perancis- Vietnam. Penggantinya, Minh Mang bersikap anti-Barat. Baginda juga berpegang teguh kepada fahaman Confucius dan menentang agama Kristian. Dasarnya bercanggah dengan dasar ayahanda, Maharaja Gia Long.

3.Baginda berpendapat kehadiran orang Barat dan agama Kristian menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat Vietnam. Penganut agama Kristian mula mengasingkan diri dan meninggalkan adat dan tradisi orang Vietnam.

4.Baginda mula mengambil tindakan tegas terhadap penganut agama Kristian dan mubaligh-mubaligh Kristian. Baginda menangkap pendakwah Kristian dan menggubal undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh Kristian ke Vietnam. Sesiapa yang menganut agama Kristian akan dihukum bunuh. Angkatan tentera Perancis pernah campur tangan dalam isu agama ini apabila berjaya membebaskan lima pendakwah Kristian yang ditahan dipenjara sementara menunggu hukuman bunuh ke atas mereka.

5. Selain itu, baginda juga mengambil tindakan memusnahkan gereja, melucutkan pegawai Perancis dan mengetatkan hubungan luar dengan orang-orang Barat selaras dengan pengamalan dasar tutup pintu.

6.Dasar anti-Kristian diteruskan oleh pengganti Minh Mang iaitu Maharaja Thien Tri dan Maharaja Tu Duc. Pada masa pemerintahan Tu Duc, gerakan anti-Kristian semakin kuat. Baginda meluluskan undang-undang yang mencatatkan bahawa sesiapa yang menganut agama Kristian akan dibuang negeri dan sesiapa yang melindungi paderi akan dihukum bunuh. Paderi Perancis pula akan dihukum buang ke dalam sungai atau laut.

7. Selain itu petempatan orang Kristian turut dibakar. Tanah mereka dirampas dan dibahagikan kepada mereka yang bukan beragama Kristian.

8. Hubungan antara kedua-dua pihak semakin tegang apabila dua paderi Perancis telah dibunuh iaitu Augustine Schoeffer dan Jean Louis Bonnard. Perancis membantah dan melancarkan serangan ke atas Vietnam. Perancis menguasai Saigon dan akhirnya pada tahun 1862, Maharaja Tu Duc mengaku kalah.

9.Satu perjanjian telah ditandatangani antara Perancis dan Vietnam. Syarat-syarat perjanjian tersebut ialah

i) Orang Vietnam dibenarkan bebas beragama. Penganut Kristian bebas mengamalkan agama dan mubaligh Kristian bebas menyebarkan agama Kristian di seluruh Vietnam.

ii)Perancis dibenarkan berdagang dan tinggal di tiga pelabuhan(Da Nang, Dalat dan Quang Yen)

iii)Kapal-kapal Perancis boleh menggunakan Sungai Mekong untuk ke Kemboja. Kerajaan Vietnam dikehendaki membayar ganti rugi perang berjumlah empat juta piatres dalam tempoh 10 tahun. Sebahagiannya dibayar kepada pihak Sepanyol.

iv)Kerajaan Vietnam tidak dibenarkan menyerahkan sebarang wilayahnya kepada mana- mana kuasa lain kecuali mendapat kebenaran Perancis.

v) Perancis tidak wajib membantu Vietnam sekiranya berlaku peperangan.

vi) Tiga wilayah diserahkan kepada Perancis(My Tha, Pulau Condore dan Hoa Gra Dinh)

10.Maharaja Tu Duc masih berdendam dengan Perancis. Baginda terus melakukan penindasan ke atas penganut Kristian. Alasan ini digunakan oleh Perancis untuk menakluk Tongking.

11. Selepas kemangkatan Maharaja Tu Duc, tentera Vietnam semakin lemah. Pemerintahan Vietnam diambil alih oleh Maharaja Hiep Hoe dan baginda bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan Perancis pada tahun 1883.

 12. Antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah

i) Vietnam diiktiraf sebagai negeri lindungan Perancis. Segala hal ehwal Vietnam dikuasai Perancis.

ii)Vietnam bersetuju menarik balik tenteranya di wilayah Tongking dan ini bermakna seluruh Vietnam berada di bawah kuasa Perancis.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s