Proses Pengilhakan Di India

Posted: April 22, 2012 in Sejarah STPM

1. Proses pengilhakan di India dilakukan oleh British pada abad ke-19 melalui tiga zaman iaitu zaman Lord William Bentick(1825-1835), zaman Lord Ellenborough (1836-1846) dan zaman Lord Dalhousie (1846-1856).

2.Bentick yang menjadi Gabenor India telah mengilhakan beberapa wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore. Raja Chachar mangkat tanpa waris. Atas permintaan penduduk tempatan Bentik mengilhakan kawasan tersebut.

3. Di Coorg dan Mysore, beliau telah menggunakan alasan penyalahtadbiran pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Penduduk tempatan juga dikatakan menyokong beliau.

4.Lord Ellenborough ingin merampas Sind. Beliau membuat beberapa tuduhan terhadap amir-amir di Sind. Amir-amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar wilayah-wilayah mereka dan melepaskan hak mereka untuk membuat mata wang sendiri. Hanya mata wang Inggeris diakui sah.

5. Amir-amir menjadi marah dan menyerang pihak British. Mereka ditewaskan dan Sind diletakkan di bawah pentadbiran British.

6.Ellenborough juga mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematian ketua puak Maratha yang digeruni iaitu Daulat Rao Sindhia.

7. Lord Dalhousie meneruskan usaha untuk mengilhakan lebih banyak wilayah-wilayah di India. Beliau menggunakan tiga cara. C3ara pertama ialah menakluk Punjab. Beliau mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Akhirnya Punjab diilhakan.

8. Cara kedua yang dilakukan oleh Dalhousie ialah melalui ‘Undang-undang Lesap Waris’(Doctrine of Lapse). Menurut doktrin ini, mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris keturunannya selepas kemangkatan mereka, secara automatic negeri itu akan jatuh kepada pihak British.

9.Beberapa wilayah diperoleh British melalui doktrin ini iaitu Sarata, Jaipur, Jhansi dan Tanjore.

10.Cara ketiga ialah melalui ‘kebaikan untuk diperintah’. Cara ini dilakukan atas alasan berlakunya penganiayaan, kezaliman dan ketidakstabilan politik dalam sesebuah negeri. Pentadbiran Qudh dikuasai Nawab Khan. Qudh berada dalam huru-hara dan amalan rasuah berleluasa. Lord Dalhousie kemudiannya menggunakan cara ketiga ini untuk mengilhakan Qudh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s