Empayar Maurya

Posted: April 23, 2012 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 2

Latar Belakang

Dinasti Maurya dan Gupta merupakan dua empayar yang terkenal dalam sejarah India purba. Dinasti Maurya merupakan dinasti yang unik dan empayar yang pertama dalam sejarah India. Manakala, Gupta merupakan satu zaman keemasan dalam sejarah India. Dinasti Maurya wujud antara tahun 324-185 SM. Empayar ini diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 322 SM dan telah memilih Palatiputra sebagai ibu kotanya. Kedua-dua dinasti wujud pada masa yang berbeza tetapi penyumbang yang paling besar dalam sejarah Tamadun India, yang meliputi aspek politik dan pentadbiran, sosial, ekonomi dan kebudayaan.

Ciri-ciri

Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa dan Wilayah

Empayar Maurya di India meluaskan kuasa hingga merangkumi seluruh India Utara hingga ke dataran Deccan di Barat hingga ke Sauras-Atra di Timur hingga ke Mysara. Empayar Maurya bermula selepas beliau berjaya mengusir orang Handa yang pernah merampas kerajaan daripada bapanya dahulu. Selepas menabalkan dirinya menjadi raja, Chandragupta Maurya memilih Pataliputra sebagai pusat pemerintahannya. Empayar Maurya kemudiannya berkembang ke seluruh Utara India termasuk Afghanistan. Hal ini terjadi selepas beliau berjaya mengusir tentera-tentera Greek di bawah pimpinan Seleukos Hikator, Jeneral Iskandar Zulkarnain. Selepas itu, beliau menyerang Selatan India dan berjaya menawan wilayah Mysore. Pada masa pemerintahan Asoka, Empayar Maurya bertambah luas apabila beliau berjaya menawan wilayah Kalinga. Dengan tertawannya wilayah Kalinga, maka Empayar Maurya sekarang meliputi seluruh benua kecil India hingga ke Afghanistan. Perluasan Empayar Maurya sedemikian rupa adalah disebabkan oleh kecekapan Chandragupta Maurya dan Asoka memilih dan mengambil tentera-tenteranya.

Pemerintah yang Cekap

Empayar Maurya diperintah oleh seorang raja dengan bantuan sebuah majlis penasihat. Empayar Maurya tersebut dibahagikan kepada beberapa wilayah yang diperintah oleh seorang wizurai dan sebilangan pegawai. Maharaja Asoka (kira-kira 272-237 SM) menjalankan pemerintahan berdasarkan dikri atau titah perintah dan kepimpinan beliau melalui teladan. Pegawai-pegawai dilantik untuk memajukan kebajikan masyarakat dan memupuk kerajaan yang adil dan bermoral tinggi. Kerajaan Maurya diasaskan dan dipimpin oleh Chandragupta Maurya. Dinasti Maurya mencapai puncak kuasanya dibawah Asoka, iaitu cucu kepada Chandragupta.

Kedudukan Ekonomi yang Kukuh

Maurya mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh kerana banyak terlibat dalam bidang pertanian, perlombongan, perdagangan dan perhubungan. Dalam kegiatan pertanian, orang tawanan perang digunakan untuk membuka tanah-tanah baru dan dijadikan kawasan pertanian. Chandragupta Maurya membenarkan petani-petani mengerjakan 1/3 daripada hasil pertanian kepada kerajaan. Sistem pengairan yang diperkenalkan membolehkan petani-petani menggunakan tali air untuk mengairi tanah pertanian. Dengan itu, penanaman 2 kali setahun dapat dijalankan. Pegawai-pegawai dilantik untuk mengendalikan kerja-kerja membekalkan air kepada petani. Sistem ekonomi diperkemaskan lagi ketika pentadbiran Asoka. Orang Sundra telah disuruh untuk membersihkan tanah baru dan dijadikan kawasan pertanian. Asoka memperkenalkan cukai tanah dan cukai ke atas hasil, seperti cukai pengeluaran pertanian dan cukai jalan. Cukai-cukai biasanya ditetapkan dengan kadar yang tertentu. Misalnya, cukai hasil pengeluaran ditetapkan 1/6 daripada jumlah pengeluaran. Hasil-hasil cukai digunakan untuk pembinaan sistem pengairan, jalan raya, bangunan-bangunan dan juga merupakan sumber kepada raja. Perdagangan juga sangat aktif dalam atau luar negeri. Ramai pedagang asing berdagang di India. Antara barang-barang dagangan adalah seperti emas, perak, rempah, permata dan berlian. Perlombongan juga dimajukan oleh Maurya. Terdapat 2 jenis lombong, iaitu lombong di daratan dan lombong di lautan. Pegawai-pegawai di lautan ditugaskan menjaga kutipan mutiara, berlian dan garam. Manakala pegawai di daratan melindungi lombong lama di samping mencari lombong baru.

Mempunyai Angkatan Tentera yang Kuat

Dalam bidang pentadbiran ketenteraan, Chandragupta Maurya dikatakan raja yang mula-mula sekali mempunyai organisasi ketenteraan yang tersusun dan berkesan. Plini menggambarkan bahawa Chandragupta Maurya mempunyai jumlah angkatan tentera yang terdiri daripada 600,000 orang askar berjalan kaki, 30,000 orang tentera berkereta kuda. Pegawai tertinggi dalam angkatan tentera dipegang oleh raja. Untuk mengendalikan tenterannya yang begitu ramai, Chandragupta membahagikan kepada 30 badan pentadbir dan diagihkan kepada 6 lembaga. Setiap lembaga mengandungi 3 orang ahli. Badan-badan tersebut meliputi tentera laut, tentera darat berjalan kaki, tentera berkuda, tentera bergajah, tentera berkenderaan yang membekalkan alat-alat senjata. Tenteranya juga terdiri daripada pelbagai kelas masyarakat dan bertugas semasa berlaku peperangan sahaja. Tentera-tenteranya dibayar gaji tetap. Arthasastra pula menggambarkan bahawa terdapat juga jururawat-jururawat dan doktor-doktor yang ikut serta dalam peperangan untuk membantu tentera yang cedera. Jelaslah disini sistem pentadbiran yang begitu teratur dan bersistematik di bawah Chandragupta Maurya dan Asoka merupakan sumbangan yang besar kepada Tamadun India.

Undang-undang yang Teratur

Salah satu ciri empayar yang amat penting ialah mempunyai undang-undang yang teratur. Undang-undang ini penting untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara, menjaga ketertiban masyarakat India dan menjamin kedudukan raja untuk memastikan pentadbiran kehakiman dilaksanakan dengan betul. Pada masa pemerintahan untuk memastikan yang semua reformasi yang diarahkan oleh kerajaan pusat dijalankan. Hukuman keras seperti hukuman mati akan dikenakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan. Selain itu, Asoka telah menjalankan konsep Dharma dalam pemerintahannya di mana beliau telah menggubal undang-undang negara dengan dasar Dharma. Dengan itu, sebuah jabatan yang bertindak sebagai penyebar prinsip-prinsip Dharma atau undang-undang kesagihan telah ditubuhkan.

Sistem Pentadbiran yang Kemas

Oleh sebab tanah jajahan Dinasti Maurya sangat luas, maka Chandragupta Maurya telah cuba mewujudkan satu sistem pentadbiran yang kemas dan teratur. Chandragupta Maurya dan penasihatnya iaitu Kautilia telah melantik pegawai-pegawai yang berkebolehan untuk mentadbir kawasan Dinasti Maurya. Namun demikian, sistem pentadbiran diperkemas lagi di bawah pemerintahan Asoka. Dalam hal ini, Chandragupta telah membahagikan Empayar Maurya kepada empat wilayah penting iaitu Barat Laut, Barat Kalinga dan Selatan. Setiap wilayah diletakkan di bawah seorang wizurai yang biasa terdiri daripada putera-putera raja. Wilayah-wilayah tadi dipecahkan kepada beberapa kawasan tertentu. Pada peringkat ini, ia ditadbir oleh pihak gabenor (Mahatmatra). Kawasan itu kemudiannya dipecahkan kepada daerah-daerah yang lebih kecil. Kemudian daripada peringkat daerah tadi dipecahkan pula kepada unit-unit yang lebih kecil iaitu kepada peringkat kampung. Ketua bagi peringkat kampung ialah penghulu (gramini) yang dibantu oleh dua orang pegawai “accountant” dan “tax collector”. Pegawai di peringkat atas dipanggil stanika, beliau mengawasi seperti daripada daerahnya. Samadharti pula merupakan pegawas kepada stanika. Di samping itu, ditubuhkan juga pasukan khidmat rahsia yang merupakan agen-agen kepada raja, ahli-ahlinya terdiri daripada askar-askar pelapor rahsia dan juga para hak yang bergerak di satu tempat ke satu tempat. Tujuannya ialah untuk melicinkan lagi jentera pentadbiran seperti para pegawai bekerja mengikut arahan dan memastikan rakyat setia kepada raja tanpa ada pemberontak.

Penduduk Terdiri daripada Pelbagai Ras

Semasa Dinasti Maurya, terdapat banyak negara disatukan di bawahnya. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai penduduk dalam Dinasti Maurya selain daripada ornag Hindu. Dalam Dinasti Maurya, terdapat orang Mohenjo-Daro yang tinggal di lembah Sungai Indua. Selain itu, terdapat juga orang Arya yang berkuasa dan memandang hina kepada penduduk asal yang berkulit hitam. Di Dinasti Maurya, terdapat juga orang Parsi, Greek, Han dan Monggol. Mereka semua diserap menjadi penduduk India kerana mereka mara ke Selatan sebagai tentera dan terpaksa melakukan kahwin campur dengan penduduk di situ. Terdapat juga orang Sundra yang disuruh semasa pemerintahan Asoka untuk membersihkan tanah baru untuk dijadikan kawasan pertanian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s