Huraikan usaha-usaha yang telah dibuat oleh Asoka bagi mengukuhkan Empayar Maurya.

Posted: April 25, 2012 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 2

Empayar Maurya mencapai zaman kegemilangannya pada zaman pemerintahan Asoka. Empayar ini telah diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada 321 SM, yang mana pusat pentadbirannya terletak di Pataliputra. Asoka menaiki takhta pemerintahan empayar Maurya pada tahun 273 SM selepas kematian ayahnya yang bernama Bindusara. Sepanjang 41 tahun pentadbirannya, pelbagai langkah telah diambil untuk mengukuhkan empayar Maurya.

 
Ketokohan Asoka telah menyebabkan kebangkitan empayar Maurya sebagai sebuah empayar yang kuat dan berpengaruh di India. Ketokohan Asoka jelas terserlah dalam aspek kepimpinan. Misalnya keberanian beliau mengambil langkah mengukuhkan kedudukannya denagn menumpaskan perebutan kuasa yang berlaku selepas kematian ayahnya Bindusara. Masalah perebutan takhta ini menyebabkan politik tiak stabil dan upacara pertabalan ditangguhkkan. Bagi menangani maslah ini, beliau bertindak membunuh 98 orang anggota keluarganya yang bertelagah mendapatkan kuasa.

 
Disamping itu, Asoka telah melancarkan serangan terhadap negeri Kalinga yang terletak di pantai timur India pada tahun 292 SM. Hal ini, berlaku kerana wujud kebimbangan terhadap kekuatan bilangan penduduk yang ramai. Dalam perang tersebut 30,000 ditawan, 100,000 orang dibunuh dan ramai yang terkorban. Perang tersebut menyedarkan asoka tentang kesan buruk peperangan yang menyebabkan kematian dan pertumpahan darah. Kesedaran inilah yang sebenarnya telah membawa kepada perubahan dasar politik dan pemikiran Asoka. Selepas perang Kalinga bermulalah era baru pemerintahan Asoka iaitu menekankan kedamaian ,kemajuan social dan propaganda keagamaan.

Selain itu, dalam bidang keagaman pula, Asoka telah mengambil langkah-langkah untuk menyebarkan ajaran agama Buddha. Antara langkah-langkah yang telah digunakan oleh beliau mengadakan lawatan keseluruh negara untuk menyebarkan agama Buddha. Beliau turut melawat tempata-tempat suci, dan menganjurkan perbincanagn keagamaan. Disamping itu, beliau juga melantik pegawai-pegawai khas yang dikenali sebagai Dharma Mahamatra untuk menyebarkan Dharma iaitu nilai-nilai moral dalam kalangan rakyat. Langkah seterusnya ialah menganjurkan majlis agama Buddha untuk menyelesaikan perbezaan pendapat dalam kalangan penganut agam Buddha dari mazhab-mazhab yang berlainan.

 
Manakala dalam bidang sosial, beliau mengambil langkah dengan mengutamakan kebajikan rakyatnya. Bukan sahaja kebajikan material malah meningkatkan nilai-nilai moral untuk menjamin kebahagian akhirat. Antara langkah yang diambil oleh Asoka dalam menjaga kebajikan rakyat ialah membina hospital haiwan dan manusia di seluruh empayar, menyediakan kemudahan awam seprti rumah rehat, menggali perigi dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya. Usaha Asoka dalam menyebarkan dokrin-dokrin agama pula, diukir di atas batu, tiang, dan gua di seluruh empayar untuk menyebarkan Dharma dalam kalangan rakyat. Asoka turut menyebarkan nilai-nilai moral seperti mengawal nafsu, bertimbang rasa, membantu golongan miskin melayan hamba dengan baik dan sentiasa bercakap benar. Beliau juga mengamalkan dasar bertolenransi terhadap pengikut agama lain dengan menghulurkan bantuan dan derma kepada golongan Brahman dan pengikut agama lain.


Ketokohan Asoka jelas ketara dalam bidang pentadbiran, Asoka menyatukan empayar yang luas dan menubuhkan sistem pentadbiran yang kukuh sehingga berjaya. Sesetengah wilayah diberi kuasa autonomi dalam bidang pentadbiran. Wilayah-wilayah lain pula ditadbir secara langsung oleh wizurai dari ibu kota jajahan tersebut. Untuk memudahkan pentadbiran bahasa Prakrit sebagai bahasa rasmi seluruh empayar. Melalui usaha-usaha ini, Asoka berjaya menyatukan empayarnya dari segi politik dan budaya.

Disamping itu, Asoka juga merupakan seorang pemimpin yang mempunyai cita-cita politik yang tinggi. Sepanjang tiga belas tahun pertama pemerintahannya, Asoka meneruskan dasar perluasan kuasa secara ketenteraan yang diamalkan oleh Bindusara dan Chandragupta Maurya. Polisi yang diamalkan dalam tempoh tersebut ialah menakluki, mematahkan pemberontakan dan menawan tanah-tanah jajahan. Kesan dasar perluasan kuasa adalah pembinaan empayar yang besar meliputi seluruh bahagian utara India termasuk Afganistan dan Baluchistan kecuali India Selatan. Pada tahap ke dua Asoka menghentikan dasar penaklukan secara ketenteraan dan melakukan perluasan kuasa melalui Dhamma(penyebaran agama).


Kebijaksanaan beliau menjalinkan persahabatan dengan negara-negara jiran, membawa kepada pengukuhan empayar Maurya. Asoka menjalinkan hubungan diplomatik dengan Raja Macedonia; Antiogomus Ganatas, Raja Philadelphos, Ptolemy II ; Raja mesir, Magus dan Raja Afrika Utara, Cyrene. Hubungan diplomatik dengan negara-negara asing membantu Asoka mengukuhkan empayar Maurya.

Menerusi kekuatan ketenteraan, pada zaman Maurya terdapat pasukan tentera yang kuat dan mantap. Kekuatan tantera menjadi asas kapada pembinaan empayar yang luas dan pengaruhnya. Selepas Chandragupta Maurya dan Bindusara memulakan dasar perluasan kuasa, Asoka yang menaiki takhta pemerintahan empayar Maurya turut meneruskan dasar tersebut. Misalnya, kemuncak perluasan kuasa Asoka ialah Perang Kalinga yang berlaku pada tahun 292 SM, melalui dasar ini Asoka berjaya menguasai sebahagian benua kecil India kecuali kerajaan-kerajaan di Selatan.

Memandangkan Asoka ialah seorang pemerintah yang menekankan kesejahteraan rakyat. Maka, Asoka muncul sebagai seorang pentadbir yang adil berasaskan undang-undang. Hal ini, membawa kepada pengukuhan empayar Maurya melalui penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang disampaikan melalui titah atau perintah diraja. Segala titah atau perintah akan diukir pada tiang-tiang batu yang dikenali sebagai “Tiang Asoka”. Bagi melahirkan keadaan politik yang stabil dan mengukuhkan lagi empayar Maurya ini. Tiang-tiang akan didirikan di tepi jalan raya supaya boleh dibaca oleh rakyat.

Seterusnya, dalam bidang ekonomi empayar Maurya adalah kegiatan pertanian, perdagangan, dan perindustrian. Semua aktiviti ini berkembang dengan pesat. Kemudahan pengairan dan peraturan berhubung dengan bekalan air merupakan faktor utama perkembangan aktiviti pertanian. Selain itu, tukang-tukang mahir galak menjalankan aktiviti perkilangan tekstil, bengkel membuat senjata dan peralatan perang selain menggalakkan industri-indutri kecil. Tambahan pula, kilang-kilang tersebut dimiliki oleh kerajaan Maurya. Dalam sektor perlombongan pula, kerajaan Maurya memiliki lombong-lombong besar seperti lombong emas, perak, tembaga, plumbum, timah, dan besi. Hal ini menyebabkan perkembangan dalam bidang ekonomi, sekali gus menyebabkan empayar Maurya muncul sebagai kerajaan yang kuat di India.

Kesimpulannya, ternyata Asoka merupakan seorang pemerintah yang berwibawa dan memainkan peranan penting dalam pengukuhan empayar Maurya, kerajaan Maurya mencapai keagungan pada zaman pemerintahannya. Beliau memberikan sumbangan yang besar dalam mewujudkan keamanan dalam empayar dengan mengamalkan dasar penaklukan melalui Dhamma. Misi Asoka dalam menyebarkan Agama Buddha ke seluruh pelusuk dunia tidak dapat disangkal. Ketokohan beliau jelas terbukti apabila keruntuhan empayar Maurya telah berlaku selepas kematian beliau pada tahun 232SM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s