Bincangkan peranan Asoka sebagai pemerintah empayar Dinasti Maurya di India

Posted: April 26, 2012 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 2

Pengenalan:

  • Empayar pertama di India yang diasaskan oleh Chandra Gupta Maurya kira-kira 321 SM dengan menjadikan Pataliputra sebagai pusat pemerintahannya.

  • Kemasyhuran empayar ini terserlah semasa Asoka menaiki takhta pada 273 SM dengan gelaran Devanampiya Plyadasi yang menggantikan bapanya, Bindusara.

  • Banyak sumbangannya terutama dalam perluasan kuasa, keagamaan Buddha dan pembaharuan sistem sosial.

Isi-isi: 



1. Melancarkan Perang Kalinga.

  • Berlaku perebutan kuasa selepas kematian ayahnya dengan membunuh 98 orang anggota keluarganya
·
  • Melancarkan serangan terhadap negeri Kalinga pada tahun 292 M yang mengorbankan 100 ribu orang.
  • Perang Kalinga banyak memberikan kesedaran yang mendalam dalam jiwanya kerana banyak nyawa tidak berdosa terkorban, keganasan , kekejaman dan merugikan rakyat.

  • Asoka insaf dan berubah serta memeluk agama Buddha.


2. Membuat perubahan dalam aspek pentadbiran



  • Memelihara kebajikan material dan moral rakyat.

  • Mengutamakan keselamatan rakyat, negara, harta benda, iaitu kemakmuran rakyat.

  • Segala perancangan Asoka dalam penyebaran Buddha menyebabkan berlaku Buddhisme
di dunia.

  • Beliau berjaya mengekalkan keamanan dan kemakmuran di seluruh empayarnya.

 

3. Membuat perubahan dalam aspek Sosial



  • Menjaga kepentingan rakyatnya seperti membina hospital.

  • Membina kemudahan awam seperti rumah rehat, menanam pokok di sepanjang jalan, mencantikkan bandar, dan lain-lain.

  • Usaha ini mencerminkan cara hidup Buddha yang suka mengembara dalam mencari kebenaran.

  • Mempunyai sifat toleransi terhadap penganut agama lain seperti menghulurkan bantuan kepada Brahmin dan penganut agama lain.

 

4. Peluasan kuasa



  • Menghentikan dasar perluasan kuasa seperti bapa dan datuknya.

  • Mengamalkan dasar perluasan kuasa melalui Dharma (Buddha).

  • Menghantar misi-misi keagamaan ke negara-negara luar.

  • Menghantar mubaligh-mubaligh Buddha ke Sri Lanka, Asia Barat, Mesir, Eropah Timur, Tibet, dan lain-lain.
  • Antara mubaligh yang diutus ialah anaknya, Mahendra dan Sanghamitra yang dihantar ke Sri Lanka.

  • Menjalinkan hubungan erat dengan empayar besar sezaman dengannya seperti Yunani, China, Parsi, dan Rom.

  • Menjalinkan hubungan dengan negara jiran seperti Chola, Pandya, Satiyaputra, Keralaputra, dan Tambapamni.

  • Hasil hubungan membuka ruang ekonomi dan menggalakkan banyak peniaga datang ke negerinya.

  • Perkongsian media banyak mempercepat kemajuan bangsa masing-masing, terutama Empayar Maurya.

 

5. Pembinaan Empayar



  • Empayarnya meliputi seluruh bahagian India termasuk Afghanistan dan Baluchistan kecuali India Selatan.

  • Asoka berjaya membentuk satu unit pentadbiran yang kukuh.
6. Menyebar dan membudayakan agama Buddha
  • Mengadakan siri lawatan ke seluruh negara.

  • Melawat tempat-tempat suci dan mengadakan perbincangan.

  • Melantik pegawai khas Dharma Mahamatra untuk menyebarkan Dharma.

  • Mengadakan majlis agama Buddha untuk menyelesaikan perbezaan pendapat.
  • Menghantar misi-misi keagamaan ke negara-negara luar.

  • Mengukir doktrin-doktrin Buddha di atas batu, tiang-tiang, dan gua-gua.
  • Mempraktikkan ajaran Buddha dalam kehidupan; tidak lagi makan daging dan
menghentikan amalan berburu.

 

Kesimpulan: 



  • Asoka meninggal dunia pada 232 S.M. Pemerintahan Asoka diteruskan oleh tujuh orang raja yang tidak cekap kerana wujudnya pemberontakan dalaman oleh kerajaan-kerajaan kecil seperti Andhra yang telah membebaskan Deccan. Demertius pula berjaya merampas sebahagian besar wilayah Maurya.

  • Terdapat penentangan daripada golongan Brahmin yang tidak puas hati dengan undang-undang pengharaman makan daging binatang. Empayar Maurya mengalami keruntuhan pada 190 S.M. Pemerintahan terakhir, Brihadratha dibunuh oleh golongan Brahmin dan digantikan oleh Empayar Gupta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s