Bincangkan peranan orang Cina dan orang India dalam perkembangan ekonomi di negara Thailand dan Myanmar

Posted: April 26, 2012 in Sejarah Asia Tenggara

Pengenalan

  •  Asia Tenggara tarikan pedagang Cina dan India sejak abad I ke Masihi. (Kerajaan Hindu awal- Funan)
  • Asia Tenggara kaya dengan rempah ratus dan sumber asli
  • Kedudukan strategik: Negara Thailand berdekatan dengan negara China dan negara Myanmar berdekatan dengan negara India

Isi-isi Penting (20 M)

1. Peranan orang Cina di Thailand.

  • Selepas PD II, penghijrahan orang Cina ke Thailand meningkat (Tahun 1941)
  • Bilangan orang Cina bertambah 10% daripada jumlah penduduk)
  • Melibatkan diri dan menguasai sektor-sektor perdagangan (70%), industri(16%), perlombongan(6%), pertanian dan perikanan (8%)
  • Sebab-sebab penghijrahan: permintaan tenaga buruh Cina yang tinggi dan penglibatan mereka dalam hal perdagangan
  • Penglibatan orang Cina dalam perdagangan import dan eksport
  • Melibatkan diri dalam penanaman padi dan tebu, perlombongan bijih timah serta perusahaan beras (didominasi oleh orang Cina)
  • Dasar dinasti Chakri mengalakkan orang Cina tinggal di Bangkok;kadar upah yang tinggi ditawarkan
  • Golongan Lukchin-Lelaki imigran Cina selalunya tidak membawa isteri bersama semasa berhijrah ke Thailand dan bersifat sementara; Kekurangan wanita Cina tempatan menyebabkan mereka mula berkahwin dengan wanita tempatan (jumlah Lukchin: tahun 1820-an berjumlah 80 000 orang)
  • Suku Hokkien dan Kantonis- suku Hokkien terlibat dalam perlombongan bijih timah di Segenting Kra dan suku Kantonis terlibat dalam sector professional seperti pengurusan dan kejuruteraan (sekitar abad ke-18)
  • Memonopoli judi, penjualan candu, loteri dan arak; bergerak bebas; dikecualikan daripada cukai
  • Membangunkan bandar-bandar utama seperti Bangkok, Korat, Sukhotai dan Uttradit-aktiviti perdagangan dan perniagaan
  • Penglibatan orang Teochew dalam perdagangan dan perniagaan beras[pengimport dan pengeksport beras serta pengilang padi] (mulai abad ke-19, menjadi suku dominan di Thailand)
  • Orang Cina menjadi penggerak ekonomi negara Thailand atas sebab-sebab dasar perlindungan diraja seperti keistimewaan yang diterima daripada raja Mongkut dan Chulalongkarn dan persepsi orang tempatan yang menganggap orang Cina bukan sebagai orang asing(budaya dan rupa fizikal yang sama)
  • Memperkenalkan sistem pendidikan dan persekolah tersendiri;Bahasa Cina sebagai bahasa perantaraan; naungan daripada orang kaya Cina di Thailand(sehingga tahun 1930-an sahaja)

 

2. Peranan orang India di Myanmar

  • Orang India masuk ke Myanmar disebabkan oleh British:sebab kedudukan geografi yang sama dengan India mengalakkan penghijrahan
  • Mengisi ruang pekerjaan yang sedia wujud di Myanmar dalam sector pertanian, perusahaan dan perburuhan
  • Merupakan tenaga buruh murah
  • Mengisi ruang pekerjaan dalam sector perkhidmatan, pendidikan dan perubatan; sebab orang India mahir dalam bahasa Inggeris; pentadbiran British di India dan Myanmar adalah sama
  • Mendominasi pekerjaan di hospital
  • Melibatkan diri secara aktif dalam sector penanaman padi-menjadi ekonomi komersial; tenaga buruh murah; menjelang tahun 1900, penghijrahan orang India ke Myanmar menjadi suku juta setahun
  • Kemasukan orang India ke Myanmar tiga cara: kerajaan, syarikat-syarikat persendirian dan sendiri
  • Golongan Chettiar- aktiviti peminjaman wang; memberi 2/3 daripada pinjaman kepada petani; mengambil tanah sebagai cagaran; sekiranya petani gagal membayar balik pinjaman tanah akan menjadi miliknya

Kesimpulan

  • Kemasukan orang Cina di Thailand dan orang Cina di Myanmar membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk
  • Kedudukan golongan imigran ini menjadi kuat dan kukuh disebabkan oleh penguasaan ekonomi; wujudnya perasaan anti Cina dan anti India.
  • Hak ekonomi orang tempatan mula berkurangan; ini membawa kepada penentangan dan kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar dan Thailand (contohnya gerakan anti Cina yang dipimpin oleh Pibun Songram

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s