Huraikan peranan masyarakat pada zaman Neolitik kepada kemunculan tamadun awal manusia.

Posted: April 26, 2012 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 1

Pengenalan: ( 3 Markah )

Zaman Prasejarah:

  • Definisi prasejarah: sebahagian daripada masa silam manusia yangtidak dicatatkan dalam bentuk tulisan.
  • Bukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh ahli-ahli arkeologi.
  • Zaman prasejarah dibahagi kepada 3 peringkat iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.
  • Perkembangan zaman Paleolitik dan Mesolitik banyak mempengaruhi kemajuan pada zaman Neolitik.

Zaman Neolitik :

  • Manusia dikatakan menyara hidup dengan bercucuk tanam dan menternak binatang.
  • Corak kehidupan mereka berubah yang bermula dari tahun 7000 S.M hingga 3500 S.M. iaitu mula menetap dan berorganisasi berbentuk mudah.
  • Pada zaman ini manusia mula berfikir, mengetahui dan mengamalkan cara-cara kehidupan lebih baik sama ada dari segi peralatan, ekonomi, sosial, politik, dll.

Konsep masyarakat :

•          Konsep Manusia

•          Sejarah Manusia Zaman Prasejarah dan contoh-contoh manusia 

Peranan masyarakat Neolitik ( 7 x 3M = 21 markah )

 

1.Memperkembangkan dan mengubah aspek pertanian

  • Pakar sejarah yakin penemuan kaedah menanam dan menternak binatang dimulai sekitar 10, 000 S.M hingga 5000 S.M lalu di Asia Barat.
  • Di kawasan utama seperti Jericho, Catal Huyuk, Iran, Syria, Mesir dan Iraq manusia mula menanam gandum dan barli serta menternak binatang seperti kambing, biri-biri dan babi sebagai sumber makanan mereka yang berterusan.
  • Bekalan makanan yang mewah menggalakkan pertambahan penduduk.

 

2.Memajukan aspek teknologi

  • Pada zaman Neolitik penciptaan bajak dan roda sebagai kemajuan teknologi telah meningkatkan lagi daya pengeluaran hasil pertanian.
  • Bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga binatang membantu meringankan tugas mereka.Binatang seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang (anok) atau membajak sawah.
  • Penemuan roda memudahkan pengangkutan hasil pertanian ke bandar- bandar atau pelabuhan dan perkembangan pembuatan tembikar.

 

3.Mewujudkan perkampungan tetap

  • Kemajuan pertanian (menanam dan menternak) membolehkan manusia mula membina kawasan penempatan kekal di kawasan-kawasan yang subur, terutamanya di lembah sungai seperti Tigris atau Furat.
  • Manusia tidak perlu lagi hidup secara nomad kerana kini dapat menyara hidup daripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan tempat tinggal mereka.
  • Mereka dapat mengawal bekalan makanan sendiri dan bekalan berterusan di samping dapat mengawal perubahan musim.
  • Contoh : Perkampungan Jericho dan Jarmo.

 

4.Mewujudkan pertambahan penduduk

  • Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman Neolitik menyebabkan manusia dapat mengawal dan menggunakan sumber alam. Perubahan ini menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil, selamat dan terjamin daripada kebuluran atau ancaman lain.
  • Kehidupan sebagai individu atau anggota masyarakat bertambah baik.
  • Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan penduduk pada sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk kawasan penempatan penduduk semakin kompleks seperti bentuk negara kota.
  • Contoh, tanaman bijirin, millet dan gandum.

 

5.Mewujudkan pengkhususan kerja

  • Pada zaman Neolitik berhasilnya peningkatan daya pengeluaran hasil pertanian yang menjamin bekalan makanan mencukupi dan berterusan membolehkan sebahagian penduduk telah menjalankan aktiviti bukan pengeluaran pertanian seperti kegiatan kesenian atau kegiatan keagamaan yang melahirkan pusat ibadat.
  • Hal ini mencetuskan proses pembahagian kerja dalam masyarakat.

 

6. Membentuk organisasi sosial

  • Perubahan kehidupan manusia bertambah kompleks menyebabkan perlunjukan pengkhususan dalam menjalankan tugas tertentu bergantung kepada kemahiran dan kebolehan seseorang.
  • Kini diperlukan pemimpin untuk memandu dan memberi arahan kepada semua anggota masyarakat.
  • Tentera dan pahlawan diperlukan untuk mengawal dan menjaga keamanan daripada ancaman.
  • Pendeta diperlukan untuk mengetuai kegiatan keagamaan.
  • Petani menumpukan usaha mempertingkatkan hasil pertanian.

 

7. Mewujudkan institusi pemerintahan

  • Pada zaman ini juga melahirkan institusi pemerintahan, pendidikan, keagamaan      dan     sebagainya     untuk  membolehkan            manusia mengeksploitasi dan mengawal alam sekitar mereka seperti bencana alam (banjir, kemarau).
  • Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang berkuasa. Pemimpin dengan ideanya dan tipu helahnya, pahlawan dengan senjatanya dan paderi dengan pengetahuannya.
  • Contoh, tamadun Mesir penguasaan mutlak Firaun dalam bidang kehakiman, ketenteraan dan pentadbiran

 

8. Mengasaskan kelahiran agama dan kepercayaan

  • Manusia pada zaman Neolitik sudah ada kepercayaan berkaitan dengan unsur dewa-dewi dalam tamadun Indus.
  • Minda pemikiran konseptual ketuhanan ini dimanifestasikan melalui upacara agama dan simbol-simbol pemujaan.
  • Mereka yakin dan percaya upacara penyembahan akan melipatgandakan hasil pengeluaran pertanian.

 

9. Mewujudkan petempatan bandar

  • Perkembangan petempatan dan perkampungan yang tetap menyebabkan peningkatan bilangan penduduk.
  • Kehidupan manusia secara berkelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian telah menyebabkan mereka mengalami proses pembandaran yang pesat seperti bandar Catal Huyuk.

 

10. Mengasaskan sistem tulisan

  • Masyarakat Neolitik menjadi lebih kompleks dan merintis jalan ke arah perkembangan sistem tulisan.
  • Sistem tulisan lahir kerana keperluan untuk menyimpan rekod-rekod hasil pertanian serta jumlah keluasan tanah yang semakin meningkat.
  • Contoh, hieroglif, ceuniform, piktograf dan ideogram

Kesimpulan : ( 1 Markah )

  • Neolitik merupakan zaman titik mula terbina tamadun awal manusia apabila manusia mulai bercucuk tanam dan berternak binatang telah menjana perkembangan faktor lain seperti teknologi, pengkhususan kerja, organisasi, institusi politik dan sebagainya. Implikasi daripada tinggal menetap kesan daripada berlaku revolusi pertanian (bertanam dan menternak) menyebabkan V. Gordon Childe merumuskan sebagai satu revolusi dalam kehidupan manusia atau sebagai titik tolak perubahan kepada kemunculan tamadun awal manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s