Huraikan sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam Tamadun Rom pada Zaman Klasik.

Posted: April 26, 2012 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 2

Pengenalan : ( 3M )

  • Rom dipercayai wujud pada 1000 S.M dan mewarisi ciri-ciri dan pencapaian Tamadun Yunani.
  • Menurut lagenda, Tamadun Rom dipercayai diasaskan oleh sepasang kembar yang dikenali sebagai Romulus dan Remus yang dibesarkan oleh sesekor serigala betina.
  • Sebelum melaksanakan sistem republik, kerajaan Rom juga pernah mengamalkan pemerintahan beraja. Ketika itu iaitu sekitar tahun 753 S.M, penduduk Rom terdiri daripada golongan bangsawan dan tuan tanah (patrician) dan golongan rakyat biasa (plebian)
  • Raja-raja Rom pada masa ini telah memrintah dengan zalim tanpa perkemanusiaan. Justeru itu orang Rom telah memberontak dan mewujudkan sebuah kerajaan bercorak republik.

Isi : ( 4 X 5M = 20M )

Definisi :

  • Kerajaan Republik boleh dinyatakan sebagai sistem kerajaan di mana rakyat memilih wakil mereka untuk melulus dan melaksanakan undang-undang.
  • Tidak ada sesiapa yang boleh mewarisi hak memegang jawatan politik.
  • Republik juga turut mengamalkan perinsip demokrasi
  • Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan republik diketuai oleh presiden.

Sistem pemerintahan republik dalam Tamadun Rom pada Zaman Klasik :

1. Konsul

  • Konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan republik terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk yang berumur melebihi 40 tahun.
  • Konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun. Ia mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran, keadilan, ketenteraan, Keagamaan dan kewangan. Ia berperanan sebagai ketua hakim,ketua Angkatan tentera dan ketua eksekutif.

2. Dewan Senat :

  • Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan. Ahli-ahli dewan ini dipilih oleh konsul. Dewan senat bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran Negara.
  • Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal-hal pentadbiran negara,menggubal undang-undang untuk dibincangkan dalam dewan perhimpunan, mengadakan rundingan dengan duta-duta asing,menetapkan provinsi        yang akan diuruskan oleh konsul,menguruskan hal ehwal kewangan, menyelesaikan krisis keagamaan.

3. Dewan Perhimpunan :

  • Dewan perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom. Ia dikenali Sebagai forum. Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan tentang perbincangan dengan dewan senat
  • Dewan ini membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan.Ia juga bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah diputuskan oleh Dewan Senat.

Kesimpulan : ( 2M )

  • Pemerintahan republik merupakan warisan kerajaan Rom kepada tamadun dunia.Dalam pemerintahan republik,terdapat imbangan kuasa antara badan perundangan,badan eksekutif dan badan kehakiman.
  • Pemerintahan republik merintis ke arah pemerintahan diktator pada Zaman Julius Caesar.Julius Caesar menamatkan pemerintahan Republik dan mengistiharkan diri sebagai diktator setelah mengalahkan Jeneral Pompei.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s