Jelaskan migrasi orang Cina dan proses pembentukan masyarakat majmuk di Filipina

Posted: April 26, 2012 in Sejarah Asia Tenggara

Pengenalan:

  • Migrasi-satu bentuk mobiliti ruang yang berlaku antara satu unit atau kawasan yang membabaitkan peruabahan tempat tinggal ke tempat yan baru
  • Perpindahan satu kelompok manusia dari negara asal ke negara baru/lain
  • Masyarakat majmuk satu masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau kaum yang berbeza yang hidup dalam satu komuniti dan tempat yang sama
  • Orang Cina berpindah masuk ke negara Filipina dari negara China
  • Kemasukan orang Cina telah memberi kesan ke atas struktur social masyarakat Filipina

Isi-isi penting (20 M)

  • Penghijrahan berlaku dari abad 7 hingga 19 masihi
  • Penghijrahan dibahagikan kepada dua peringkat: I). 1834 (Manila dibuka kepada perdagangan asing) II). 1876-1886
  • Pemerintahan Sepanyol- masyarakat Cina dipanggil ‘Sanleys’ (bermaksud pedagang yang mengembara)
  • Dasar Sepanyol terhadap orang Cina mengikut keperluan ekonomi dan kebijaksanaan politik 
  • Jawatan ‘Gobernadorcillos’ diwujudkan bagi mengawal hal-ehwal dan aktiviti orang Cina
  • Larangan-larangan terhadap orang Cina:tidak dibenarkan menjelajah sesuka hati; dilarang milik tanah; dibenarkan bergerak pada waktu siang sahaja.Reaksi penduduk Cina terhadap larangan dan sekatan adalah melalui pemberontakan. 
  • Pihak Gereja Roman Katholik menyokong orang Cina sebab mereka penting dalam gerakan kristianisasi dan ekonomi.Dengan itu, pihak Sepanyol melepaskan sekatan terhadap orang Cina Kristian;kumpulan ini dikenali ‘Mestizo’ dan dianggap setaraf dengan orang tempatan serta diberi banyak keistimewaan.
  • Orang Mestizos menguasai pertanian eksport, menjadi orang tengah dalam perniagaan, pemborong dan ceti; merupakan golongan berpendidikan (llustrados) . 
  • Orang Mestizos pandang rendah terhadap penduduk tempatan sehingga tercetusnya kekacauan kaum. 
  • Amerika Syarikat mewujudkan undang-undang seperti Akta Buku Simpanan Kira-kira 1921 yang menghalang tulisan Cina dalam buku Akaun.
  • 1940, Komanwel Filipina meluluskan kuota seramai 500 orang bagi tiap-tiap negeri tanpa mengira warna kulit.
  • Undang-undang Kewarganegaraan 1939 –kerakyatan tidak diberikan kepada sesiapa yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan penduduk tempatan/tidak mempelajari budaya dan idealisme Filipina. 
  • Akta Perdagangan Perkapalan 1923 dan Perlembagaan Filipina –sekatan aktiviti ekonomi orang Cina kerana orang Cina mula mendominasi bidang ekonomi negara Filipina.
  • Majlis Perniagaan Cina(Dewan Perniagaan Umum Cina) ditubuhkan menjadi suara rasmi penduduk Cina Filipina
  • Dua sistem pendidikan diwujudkan pada zaman Sepanyol bagi orang Cina (Oleh mubaligh kristian dan orang Cina sendiri); Semasa Amerika Syarikat, sekolah Anglo Chinese (1899) ditubuhkan.
  • Kurikulum berdasarkan negara China diamalkan; sekolah Cina diperakui oleh jabatan negara China

Kesimpulan

  • Pada awalnya, kemasukan orang Cina ke Filipina diterima oleh kuasa penjajah atas kepentingan ekonomi tetapi sekatan mula dikenakan apabila mereka mula mengatasi kuasa ekonomi pihak penjajah. Ini memberi kesan ke atas migrasi penduduk Cina ke Filipina. Namun, peranan mereka dalam bidang ekonomi telah menyebabkan mereka telah diserap dalam struktur masyarakat Filipina dan terus menjadi sebahagian daripada bangsa Filipina hingga hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s