Jelaskan strategi peperangan yang digunakan dalam tamadun awal.

Posted: April 26, 2012 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 3

Pendahuluan (3 Markah)

  1. Terdapat empat perkara perkara asas yang digunakan oleh kebanyakan tamadun untuk mempertahankan dan mengenalkan autonomi wilayah mereka dan mengelakkan serangan orang gasar iaitu strategi, taktik, teknologi peperangan dan pentadbiran ketenteraan.
  2. Strategi melibatkan seni merancang untuk memperdayakan musuh dan kebijaksanaan mengendalikan peperangan. Strategi sebagai ilmu helah atau muslihat untuk mengalahkan musuh atau mencapai sesuatu tujuan.
  3. Hampir kesemua tamadun mempunyai strategi tersendiri dalam menjayakan sesuatu kempen peperangan.

Isi-isi penting (5 isi X 4 Markah)

1. Strategi Pertahanan

  • Tujuannya untuk mengekalkan status-quo.
  • Mendirikan kubu untuk mempertahankan sesuatu tempat strategic.
  • Biasanya didirikan di bukit, lereng bukit @ batu besar (seperti Acropolis di Yunani).
  • Pembinaan tembok besar untuk melindungi sempadan daripada serangan musuh yang berlaku kerap kali.
  • Contoh Tembok Besar di China dan Tembok Hadrian di Britani pada zaman Empayar Rom.
  • Pertahanan juga sering dirancangkan  untuk memperkukuhkan kedudukannya supaya sasaran lebih mudah dicapai.

2. Strategi Menjalin Perikatan Tentera

  • Strategi menjalin perikatan tentera Negara jiran @ negara2 lain
  • Tujuan untuk membendung ancaman dan cabaran musuh2.
  • Contoh di China, pada zaman Dinasti Han apabila tentera Han menjalin hubungan rapat dengan Yueh-chi untuk membendung musuh Hsiung-nu.
  • Di Yunani, Negara kota Athens telah membentuk Liga Delos untuk menghadapi kuasa Parsi

3. Penyerangan Secara Langsung

  • Dilakukan untuk meluaskan sempadan2 empayar @ penaklukan demi kepentingan melindungi sempadan.
  • Contoh di Greco-Rom. Penyerangan  membawa kepada peluasan empayar di Semenanjung Italy dan Laut Mediterranean.
  • Taktik penyerangan juga melibatkan pemilihan sesuatu masa dan tempat yang dianggap paling sesuai untuk menjamin kejayaannya.

4. Strategi Pengepungan

  • Strategi ini biasanya berlaku semasa zaman feudal di Eropah Barat.
  • Tujuan untuk menghancurkan semangat dan kekuatan pertahanan musuh di serata tempat strategik.
  • Contoh pengepungan ialah pengepungan Troy yang menggunakan kuda kayu.
  • Pada zaman Julius Ceasar iaitu kepungan Avaricum dan Alesia.

5. Strategi Pemusatan Kuasa Tentera dan Pemisahan Kumpulan Kecil

  • Strategi ini digunakan dalam medan pertempuran yang kian diperluaskan dan untuk mengurangkan bilangan nyawa yang terkorban dalam peperangan.

6. Pembinaan Bandar tentera

  • Tujuannya untuk mengekalkan kawasan2 yang telah ditakluki (Garrison towns)
  • Contohnya strategi Iskandar Zulkarnain.

7. Penggunaan Alam Semulajadi

  • Alam semulajadi  seperti sungai dijadikan sebagai sempadan wilayah.
  • Contohnya : Sungai Rhine.

8. Penggunaan Gajah dalam Pertempuran.

  • Pada zaman Raja Bimbisara tentera gajah yang besar digunakan sebagai perisai untuk memecahkan barisan tentera, merobohkan pagar kubu, pintu kota dan benteng pertahanan musuh.

9. Strategi Penggunaan Perisik.

  • Pada zaman zaman Maharaja Chandragupta Maurya, dipercayai mendengar laporan daripada perisiknya serta memeriksa barisan tenteranya dan kubu-kubunya. Organisasi ketenteraan yang baik dan teratur serta Pejabat Peperangan yang sentiasa bersedia membolehkan Dinasti Maurya dapat mengalahkan tentera Greek di bawah Jeneral Seleucus.
  • Kaedah Subversif harus digunakan dalam memperlihatkan kemenangan terhadap musuh.
  • Merasuah dan menghantar pasukan perisik
  • Tentera digalakkan berjuang sehingga mati dalam usaha untuk mencapai  matlamat spiritual
  • Idealisme ini mempengaruhi pemerintahan India seperti Rajput dan Marathas.
  • Penetapan tarikh dan masa untuk peperangan.

Kesimpulan (2 Markah)

 Apa-apa saja yang berkaitan. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s