Organisasi sosial merupakan salah satu daripada ciri penting dalam ketamadunan manusia. Dengan merujuk kepada tamadun Mesir Purba, huraikan organisasi sosial masyarakat dalam tamadun tersebut.

Posted: April 26, 2012 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 1

Pengenalan (3 M)

1. Definisi tamadun 2. Konsep organisasi sosial 3. Latar belakang tamadun Mesir

Isi-Isi Penting (5 isi x 4M = 20 M)

1. Raja dan Kerabat Diraja

a. Raja mempunyai kedudukan tertinggi dan dianggap sebagai Tuhan yang melindungi rakyat.

b. Raja ialah sumber kekuasaan dan berperanan sebagai ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hekim negara.

c. Raja ialah lambang kebenaran dan keadilan (maat) yang memperkenalkan peraturan dan undang-undang untuk memelihara keamanan dalam negara.

d. Putera-putera raja menerima pendidikan daripada guru yang dilantik untuk mengajar matematik, seni bina, astronomi, kesenian dan sains.

e. Setelah dewasa, putera-putera raja akan menerima latihan ketenteraan dan mengambil bahagian dalam ekspidisi ketenteraan.

f. Putera raja akan berkahwin dengan adik kandung atau sepupunya sewaktu kanak-kanak untuk mengekalkan kesucian keturunan.

2. Golongan Bangsawan dan Paderi

a. Pegawai tinggi kerajaan dilantik dari kalangan anggota keluarga diraja atau golongan bangsawan.

b. Jawatan penting di peringkat pusat termasuk pengurus, pegawai penguasa, pendeta dan pekerja.

c. Raja dibantu oleh wazir untuk menjalankan pentadbiran diperingkat wilayah. d. Golongan pendeta mempunyai hierarki sendiri dan mempunyai tugas dalam

bidang keagamaan. e. Pendeta juga mempunyai pengaruh dalam bidang khususnya dalam soal

pelantikan raja.

3. Anggota tentera

a. Semasa pemerintahan Dinasti Kelapan, sebuah angkatan tentera yang besar dan mempunyai struktur organisasi yang tersusun telah ditubuhkan.

b. Pekebun-pekebun kecil, golongan artisan, dan kumpulan profesional sederhana menyertai angkatan tentera untuk meningkatkan status dan taraf hidup mereka.

c. Anggota tentera yang berjaya dalam kempen peperangan dibenarkan memiliki pembantu rumah, diberikan harta rampasan perang, ganjaran , pangkat, dan tanah estet diraja.

4. Buruh Raja

a. Selain golongan serf yang bekerja dalam bidang pertanian, buruh raja terdiri daripada pekerja lombong emas, tembaga turquoise, pekerja kuari, pekerja binaan, dan tukang membuat tembikar dan pengangkut air.

b. Tugas utama golongan ini adalah untuk membina candi-candi diraja. Mereka bekerja hampir sepanjang tahun dan dibayar dalam bentuk gandum dan barli.

c. Golongan ini mempunyai rumah berhala sendiri dan tribunal untuk menyelesaikan masalah.3

5. Petani

a. Pada zaman Kerajaan Lama, golongan petani ditindas oleh tuan tanah. Para petani terikat kepada tuan tanah dan apabila tanah dijual, mereka akan menjadi milik tuan tanah baru.

b. Para petani yang berkhidmat atas tanah raja diberi sedikit kebebasan dan mereka dikehendaki bekerja sebagai buruh paksa dalam pembinaan candi.

c. Pemberontakan yang berlaku pada Zaman Kerajaan Pertengahan menyebabkan pemerintah Dinasti ke –11 dan ke –12 mengurniakan piagam yang liberal kepada estet-estet pertanian.

d. Pada zaman Pemerintahan Kerajaan Baharu, petani diberi kebebasan dan tanah oleh raja. Tanah tersebut boleh diwarisi , tetapi tidak boleh dipindah milik.

6. Hamba

a. Golongan hamba tidak mempunyai kebebasan dan terdiri dariada orang asing, khususnya tawanan perang.

b. Pada zaman Pemerintahan Kerajaan Baharu, hamba memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi dan sosial. Mereka bekerja sebagai buruh di ladang yang dimiliki oleh raja atau rumah berhala.

c. Pada zaman pemerintahan Ramses III, golongan hamba terdiri daripada tawanan perang dari Syria yang dipaksa bekerja dalam sektor pembinaan.

Kesimpulan (2 M) Apa-apa sahaja yang berkaitan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s