Huraikan peranan raja dalam sistem pemerintahan Beraja dalam tamadun Mesopotamia.

Posted: May 2, 2012 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 2

Pendahuluan

  • Tamadun Mesopotamia dijangka bermula lebih kurang tahun 3000 SM. Di Lembah Sungai Tigris dan Euphretes.
  • Mengamalkan sistem  beraja tetapi pemerintahannya berasingan mengikut Negara Kota seperti Ur, Urech, dan Kish.
  • Asal-usul pemerintahan beraja Mesopotamia dikesan daripada jawatan En, dan Lugal pada zaman proto-dinasti dan dinasti awal.
  • Raja / Lugal memainkan peranan yang amat penting dalam pemerintahan dan pentadbiran sehingga digelar” Pemerintah Agong”.

Isi

Peranan raja dalam pemerintahan

  • Raja berkuasa mutlak dan menjalankan tugas bagi pihak dewa Negara kota.
  • Raja mempunyai kuasa melantik pegawai  menguruskan pentadbiran Negara.
  • Memberi arahan dan nasihat kepada pegawai kerajaan selain melayan aduan daripada rakyat.
  • Menjemput dan meraikan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan di samping menyambut duta asing.
  • Sebagai menteri kerja awam yang bertanggungjawab menyediakan sistem pengairan, terusan, tembok dan benteng.
  • Pada zaman kemuncak raja Mesopotamia berkuasa ke atas 40 wilayah.
  • Semasa pemerintahan Sargon, beliau telah mengiktiraf pemerintah tempatan untuk menguruskan empayarnya yang luas.

 

Peranan dalam bidang ketenteraan

  • Raja di Mesopotamia bertindak sebagai panglima tentera yang mengetuai setiap peperangan.
  • Raja mengetuai segala aspek ketenteraan termasuk merangka strategi dan taktik peperangan.
  • Raja bertanggungjawab menghadapi ancaman musuh dari luar (orang gasar) dan peperangan sesama sendiri yang sering berlaku antara Negara Kota.
  • Raja Mesopotamia turut dibantu oleh pegawai tentera professional yang dikenali sebagai Agaush.
  • Mengarahkan wanita terlibat dalam peperangan untuk membantu merawat dan menyediakan makanan.

 

Peranan raja dalam bidang kehakiman

  • Raja bertindak sebagai ketua hakim Negara dan bertanggungjawab mewujudkan keadilan dalam negeri.
  • Memastikan golongan kaya yang berpengaruh tidak menindas rakyat yang miskin.
  • Memastikan masyarakat mendapat layanan dan keadilan daripada pemerintah.
  • Pada zaman Hammurabi, baginda mewujudkan kod undang-undang Hammurabi yang di pahat di papan batu.
  • Undang-undang Hammurabi memperuntukan hukuman dan denda yang berbeza mengikut kelas masyarakat.
  • Hammurabi juga menyerahkan hak mengadili kes-kes kecil kepada ketua-ketua masyarakat yang telah berumur dan berpengalaman.(Counsil of Elders)

 

Peranan raja dalam keagamaan

  • Raja dianggap sebagai wakil tuhan tetapi tidak disembah sebagai tuhan oleh rakyat.
  • Raja merupakan ketua agama dan berkuasa melantik ketua paderi.
  • Raja secara langsung terlibat aktif dalam upacara dan perayaan keagamaan.
  • Bertanggungjawab membina dan memelihara rumah-rumah ibadat/ berhala (ziggurat).
  • Memastikan setiap penduduk Negara kota melakukan pemujaan terhadap dewa penaung Negara kota untuk mengelakkan kemarahan / bencana.

Kesimpulan

  • Raja-raja dalam tamadun Mesopotamia tidak mewujudkan pengagihan kuasa dari segi perundangan eksekutif dan kehakiman sebaliknya peranan raja dapat dilihat dalam semua bidang selaras dengan kuasa raja yang autokratik.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s