Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai huraikan peranan raja dalam tamadun awal.

Posted: May 8, 2012 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 2

Pengenalan

  • Pemerintahan tamadun-tamadun awal kebanyakannya mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
  • Raja bukan sahaja berperanan dalam bidang pemerintahan malah turut berperanan dalam bidang-bidang lain seperti bidang agama, ekonomi, keadilan dan sebagainya.
  •  Ayat Pembayang Isi

 Isi dan Huraian

  • Salah satu ciri ketara sistem pemerintahan beraja ialah raja berkuasa mutlak. Hal ini bermakna tiada pengasingan kuasa dalam bidang perundangan, eksekutif dan kehakiman. Raja menguasai ketiga-tiga badan berkenaan. Seseorang pemimpin atau raja selalunya menggunakan unsure magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil Tuhan demi mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah. Tidak hairanlah ada di kalangan raja yang dianggap menjalankan fungsi Tuhan di muka bumi menyebabkan rakyat memberi taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja.


  •  Raja menerajui sistem pemerintahan. Raja dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran negara. Di peringkat tertinggi biasanya saudara-mara dan anggota keluarga raja dilantik memegang jawatan-jawatan utama.Perlantikan ini dilakukan kerana dipercayai bahawa mereka yang mempunyai pertalian darah dengan raja  memiliki kewibawaan untuk memerintah. Justeru, jawatan-jawatan penting diwarisi secara turun temurun oleh sesebuah keluarga diraja. Raja Dinasti Chou misalnya dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yang menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, agama, hal ehwal monarki dan undang-undang. Pentadbiran di peringkat wilayah dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal.


  •  Raja juga bertindak sebagai ketua agama. Kawalan terhadap bidang agama adalah penting untuk mengukuhkan kedudukan seseorang raja. Salah satu tugas suci seseorang raja di Mesopotamia ialah membina dan memelihara rumah ibadat. Tugas ini dilakukan selaras dengan kepercayaan bahawa manusia dicipta untuk berkhidmat dengan Tuhan. Raja juga merupakan chief priest dan memainkan peranan aktif dalam perayaan keagamaan seperti Sambutan Perayaaan Tahun Baru. Raja di Mesopotamia juga berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di ziggurat serta bentuk pentadbirannya. Hal ini adalah kerana ziggurat berfungsi  sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan dan pusat penyimpanan khazanah negara.


  • Raja juga bertindak sebagai ketua panglima tentera. Sungguhpun raja akan dinasihati oleh jeneral tentera tetapi sesuatu keputusan muktamad akan dibuat oleh raja seperti di Mesir dan Mesopotamia. Di  Mesir, Firaun menjadi komander agung dalam tentera. Baginda dibantu oleh seorang timbalan yang terdiri daripada Putera Mahkota. Dalam tamadun India,  raja mengetuai sendiri ekspedisi peperangan seperti yang dilakukan oleh Chandragupta dan Asoka.


  •  Raja juga bertindak sebagai badan penggubal undang-undang. Dalam tamadun India, Asoka telah telah meggubal undang-undang dan undang-undang tersebut di pahat ditiang-tiang baian (Tiang Asoka)  untuk ditatap dan dijadikan rujukan oleh orang awam.


  •  Di dalam bidang kehakiman, raja adalah ketua hakim. Segala kes rayuan akan dibawa kepada raja yang mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan kepada orang yang bersalah. Di Mesir, hanya firaun sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman mati terhadap kesalahan yang berat.


  •  Raja juga harus melantik seorang pengganti untuk meneruskan pemerintahan selepas kemangkatan baginda. Lazimnya raja-raja akan melantik putera mereka sebagai pengganti takhta kerajaan. Calon-calon yang dipilih harus mendapat sokongan anggota keluarga diraja, pegawai istana dan golongan bangsawan.


  •  Tugas-tugas lain seseorang raja ialah melantik pembesar, menerima aduan daripada rakyat dan menyelesaikannya, menerima kunjungan diplomat-diplomat dan sebagainya.

Kesimpulan

  • Raja bukan sekadar menjadi pemerintah tetapi juga bertindak sebagai ketua agama, pemimpin tentera, penggubal undang-undang, menjadi hakim dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s