Bincangkan kepentingan sungai dalam proses perkembangan tamadun-tamadun awal manusia.

Posted: May 8, 2012 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 1

Pengenalan (3m)

  • Prof. M.A.J Beg mengatakan bahawa tamadun merupakan pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang, dan politik.
  • Pembentukan sesuatu tamadun berkait-rapat dengan alam sekitar, terutamanya sungai.
  • Sungai mula terbentuk apabila persekitaran dan alam sekitar berubah akibat pencairan ais.
  • Contoh-contoh tamadun yang terbina di lembah-lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai Tigris – Euphrates, Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di Lembah Sungai Indus dan Tamadun China di Lembah Sungai Hwang Ho.
  • Ayat Pembayang Isi (Emphasis soalan)

Isi dan Huraian

Kepentingan sungai dalam perkembangan tamadun (7 isi x 3m = 21m)

1.     Sistem pengangkutan dan perhubungan.

Perantaraan perhubungan antara negara kota dengan negara kota lain atau sesuatu tamadun dengan tamadun lain. Contohnya: masyarakat Mesopotamia menggunakan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Sungai juga boleh digunakan untuk membawa barangan yang banyak untuk perdagangan. Sebagai bukti, penciptaan kapal layar telah di kesan pada Tamadun Mesopotamia.

2.     Pertanian.

Tamadun wujud kerana pertanian membekalkan sumber makanan. Pertanian berkembang kerana terdapatnya sungai yang mengairi kawasan pertanian melalui sistem pengairan. Sungai membentuk tamadun kerana kota muncul di sepanjang sungai yang bertanah pamah. Tanah pamah membolehkan pertanian komersil dijalankan. Banjir membawa mendapan tanah lanar yang kaya dengan garam galian ke kawasn pertanian setiap tahun telah membantu dalam kesuburan tanah. Masyarakat tidak perlu berpindah-randah untuk mencari kawasan subur.

 3.     Bekalan air dan pengairan

Sungai membekalkan air untuk pertanian, membina terusan dan kincir air. Contohnya syaduf dan kincir air di tamadun Mesir dan China.

4.     Sumber Protein.

Sungai membekal ikan untuk sumber protein. Menggunakan kaedah tangkapan tradisioanal. Protein mudah diperolehi, manusia mula menetap di satu tempat dan membentuk tamadun.

 5.     Kegiatan Seharian.

Sungai membekalkan air untuk kegunaan harian, seperti membasuh, memasak dan sebagainya.

6.     Bekalan Bahan Binaan dan Peralatan

Sungai membekalkan tanah lumpur untuk membina rumah serta pelbagai jenis bangunan lain seperti rumah berhala, tembikar dan peralatan harian. Contohnya di Sungai Tigris, Sungai Euphrates.

 7.     Upacara Keagamaan.

Air dianggap suci dan menyucikan oleh sesetengah kepercayaan dan agama. Masyarakat Tamadun Indus menggunakan sungai untuk membersihkan diri daripada dosa. Membersihkan dosa dan menghanyutkan abu mayat. Contohnya di Sungai Indus.

 Kesimpulan (1m)

Sungai merupakan elemen penting dalam membentuk tamadun. Namun, terdapat beberapa faktor lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s