Kitab perang Artashastra yang dikarang oleh Kautilya memberi sumbangan besar terhadap aspek ketahanan dan pertahanan tamadun India pada zaman klasik. Bincangkan

Posted: August 26, 2011 in Sejarah STPM, Tamadun Dunia: Tema 3

Pengenalan :

1. Konsep ketahanan

2. Konsep Pertahanan

3. Latar belakang Kautilya.

Isi-isi Penting :

  1. Pendekatan ‘bheda’ iaitu melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu sensitive

Pendekatan ini dilaksanakan oleh seseorang pemerintah kepada musuh mereka. Pemerintah perlu menimbulkan isu-isu sensitive antara kedua-dua belah pihak. Hal ini membolehkan pemerintah tersebut memilih untuk menyebelahi mana-mana pihak yang kuat kemudian memusnahkannya.

  1. Menggunakan cara ‘saman’ iaitu melakukan perdamaian dengan Negara lemah bagi meraih sokongan :

Pemerintah berusaha mencari perdamaian dengan pihak atau Negara yang lemah. Sekiranya pemerintah  bermusuh dengan Negara yang lemah  ia akan merugikan masa. Oleh itu, jalan terbaik untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh adalah dengan cara ‘saman’ atau perdamaian.

  1. Pemberian ‘dana’ iaitu rasuah dalam pelbagai bentuk kepada musuh yang masih belum ketahui kekuatannya :

Pemberian dana atau rasuah akan dapat melalaikan musuh sekaligus pihak musuh yang kuat tidak akan menganggap  pemberian dana sebagai tanda permusuhan. Ini memberi peluang perkukuhkan kedudukan pemerintah.

  1. Memperkenalkan teori ‘mandala’ iaitu pemerintah hendaklah bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan  musuh yang akan diperangi :

Pemerintah perlulah bijak mengatur strategic dengan mencari kawan atau berbaik-baik dengan musuh Negara yang diperangi . Apabila berlaku peperangan maka pihak yang diperlakukan sedemikian akan membantu pemerintah tersebut.

  1. Konsep ‘danda’ iaitu menggunakan kekerasan kepada musuh atau orang yang jahat :

Konsep ini adalah idea Kautilya sendiri untuk menghadapi ancaman musuh dengan menggunakan tipu muslihat. Danda iaitu kayu atau besi yang kuat untuk memukul. Kautilya menyarankan ancaman kekerasan perlu digunakan kepada musuh atau orang yang jahat.

  1. Menubuhkan unit pengintip untuk mendapatkan rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah :

Kautilya menyarankan pemerintah tidak terlalu mempercayai orang luar walaupun anak atau isteri kerana mereka boleh menjadi ejen musuh sekaligus menjatuhkan kuasa raja. Selain itu, makanan raja perlu diuji terlebih dahulu kerana dibimbangi makanan tersebut akan mengandungi racun. Pemerintah yang baik mempunyai musuh dalam selimut. Kautilya mencadangkan supaya raja atau pemerintah sentiasa memerhatikan gerak-geri askarnya menerusi ejen pengintip untuk mencari rahsia dan menyampaikan maklumat pengkhianatan kepada pemerintah.

  1. Matlamat spritiual

Dituntut dengan cara berjuang bersungguh-sungguh walaupun nyawa sendiri terkorban atau   berjuang sehingga mati

  1. Kautilya menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan:

Sehubungan dengan itu, orang yang kuat tidak perlu berasa simpati dan kasihan kepada golongan yang lemah. Raja yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh adalah bodoh kerana pemerintah tersebut akan mudah dikalahkan oleh musuhnya.

Kesimpulan :

Artashastra merupakan sumber rujukan pemikir ketenteraan India yang menkadi rujukan pemerintah untuk mengekalkan kuasa. Menjadi rujukan tentera sehingga ke hari ini kerana terdapat teori taktik dan strategi yang masih relevan.

Leave a comment